Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Astro Go Shop Hentikan Operasi Mulai 11 Oktober Ini

Penyedia perkhidmatan televisyen berbayar terbesar tempatan, Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) operasi Astro GS Shop Sdn Bhd (AGSS) yang mengendalikan perniagaan beli belah di rumah di bawah jenama Astro Go Shop hentikan operasi pada 11 Oktober 2023.

Difahamkan, keputusan yang dilakukan bersama rakan usaha sama dari Korea, GS Retail Co Ltd (GSR) gara-gara landskap ekonomi keseluruhan yang mencabar dan perubahan dalam tingkah laku membeli-belah pengguna.

Astro Go Shop hentikan operasi

Artikel lain: Astro Semakin Terjejas Gara-Gara Langganan Dan Hasil Iklan Lemah

“Sebagai sebahagian daripada penjajaran semula strategik yang sedang dijalankan dalam Astro, termasuk pelaksanaan langkah penjimatan kos yang ketara, kedua-dua pihak telah mengambil keputusan untuk keluar dari perniagaan.
“Terdapat kemerosotan yang ketara dalam mod beli belah ini sejak pandemik dan penutupan akan memastikan sumber Astro tertumpu pada bidang perniagaan yang menyumbang perbezaan terbesar kepada operasi keseluruhan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Go Shop turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pelanggan dan rakan kongsi atas sokongan serta kerjasama yang diberikan sepanjang beberapa tahun ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Go Shop ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan dan rakan kongsinya atas sokongan padu mereka sejak beberapa tahun lalu.
“Syarikat juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan Go Shop atas semangat dan dedikasi mereka terhadap jenama selama bertahun-tahun,” katanya.

Sekadar info, AGSS ialah usaha sama yang ditubuhkan antara Astro Retail Ventures Sdn Bhd (ARV), anak syarikat milik penuh Astro yang memegang 60 peratus kepentingan ekuiti dan GSR memegang baki 40 peratus.

Sumber: Berita Harian (Mahanum Abdul Aziz)

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika mendaki di Gunung Batu Putih di sini, Jaslinda Saludin, 49, ditemukan selamat dan kini berada di rumah Tok...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memaklumkan bahawa beliau tidak mengalami...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd