Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Permintaan EV Semakin Kurang, Tesla Dilapor Pecat 10 Peratus Pekerja Global

Tesla Inc. akan mengurangkan jumlah pekerja global lebih daripada 10 peratus kerana bergelut dengan kekurangan permintaan dan perang harga yang berlaku terhadap kenderaan elektrik (EV).

Menerusi satu laporan Financial Post, Ketua Pegawai Eksekutif Elon Musk berkata, penyusunan dan penyelarasan semula syarikat diperlukan setiap lima tahun bagi persiapan syarikat untuk fasa pertumbuhan seterusnya.

Foto: The Street

“Ketika kami mempersiapkan syarikat untuk fasa pertumbuhan seterusnya, sangat penting untuk melihat setiap aspek syarikat untuk pengurangan kos dan meningkatkan produktiviti.
“Sebagai sebahagian daripada usaha ini, kami telah melakukan kajian menyeluruh terhadap organisasi dan membuat keputusan sukar untuk mengurangkan jumlah pekerja kami lebih daripada 10 peratus di seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan di platform X.

Musk juga berkata pertumbuhan pesat yang berlaku selama beberapa tahun menyebabkan pertindihan peranan dan fungsi pekerjaan dalam bidang tertentu selepas Tesla membuka beberapa kilang lain di seluruh dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Financial Post

Sementara itu, sebahagian kakitangan Tesla bimbang dengan pengurangan pekerja tersebut kerana syarikat itu tidak akan menawarkan anugerah ekuiti berasaskan merit sebagai sebahagian daripada ulasan prestasi tahunan.

Pengurangan tersebut dibuat selepas Tesla mengumumkan telah membatalkan pelancaran kereta murah yang telah lama dijanjikan, iaitu Model 2 yang dijangka akan menelan kos A$25,000.

Untuk makluman, perang harga antara EV mulai dirasai Tesla selepas China menyerahkan hanya 300 114 beteri kenderaan itu pada suku pertama, iaitu pengurangan 43 peratus daripada tiga bulan terakhir pada tahun lepas, setelah ia terus maju sebagai penjual EV terkemuka di dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Financial Post

Pengeluar lain seperti Volkswagen AG, General Motors Co. dan Ford Motor Co. juga telah menangguhkan, mengadakan perbincangan semula malah turut membatalkan projek EV akibat terdapat pengguna tidak berpuas hati dengan harga yang masih tinggi dan kekurangan stesen pengecasan.

Sumber: Financial Post

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemuda India belanja anak yatim baju raya bagi mengembirakan mereka kerana pernah merasai hal sama hidup tanpa kehadiran bapa tersayang sewaktu kecil. TikToker...

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Nasional

Malaysia Aviation Group (MAG) hari ini mengumumkan tempahan sebanyak 30 pesawat Boeing 737 MAX yang mana ia menjadi satu langkah strategik yang disaksikan oleh...

Lokal

Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur, petang Selasa selepas dikatakan baru selesai ‘photoshoot’ atau merakamkan gambar kenangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd