Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Perkasakan Bahasa Etnik, KPN Ambil Langkah Jaga Warisan Negara

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Arkib Negara Malaysia (ANM) mengambil langkah mengangkat dan memperkasakan bahasa etnik di Malaysia untuk menjaga warisan negara.

Menerusi satu kenyataan, KPN melalui ANM juga memainkan peranan utama dalam aktiviti pendokumentasian bahasa kolokial yang telah bermula tahun lalu dan akan terus dipergiatkan lagi.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, ANM akan menjadi hub rujukan bahasa kolokial dan budaya etnik di Malaysia.

“Inisiatif ANM mendokumentasikan bahasa kolokial merupakan salah satu usaha bagi memasyarakatkan warisan negara supaya ia dapat kekal dirujuk dan dihayati oleh generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Bicara Bahasa Kolokial: Melestarikan Keberdayaan Bahasa Komuniti ‘Cakno Loghat Kelate’ di Grand Riverview Hotel, Kota Bharu hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Aaron berkata, ANM turut akan melancarkan buku pendokumentasian dan pameran berhubung kepelbagaian bahasa kolokial melalui Konvensyen Bahasa Kolokial Kebangsaan.

“KPN akan melaksanakan Kempen Kenali Bahasa Kolokial bagi menyuburkan minat golongan muda terhadap kepentingan mengenali dan memelihara khazanah warisan negara, terutamanya bahasa kolokial,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau juga berharap agar kesemua inisiatif yang dilaksanakan ini dapat meningkatkan kesedaran dan penghayatan terhadap kepelbagaian bahasa kolokial dan mendapat sokongan pelbagai pihak.

“Ia sekali gus menyumbang kepada pemeliharaan khazanah warisan negara yang kaya dan unik,” jelasnya.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Lokal

Rapid Bus sedang menjalankan siasatan berhubung insiden yang membabitkan sebuah bas perantara Aliran Transit Massa (MRT) dengan sekumpulan penunggang basikal yang tular di media...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd