Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Penyaluran Tenaga Elektrik Hijau Pertama Dari Malaysia Ke Singapura Bermula Hari Ini

Hasil daripada pemeteraian Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (RESA) antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sembcorp Power Pte Lte (Sembcorp Power) pada 9 Disember lalu, penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dengan kapasiti 50MW dari Malaysia ke Singapura telah bermula pada hari ini.

TNB selaku syarikat utiliti nasional bertanggungjawab menyalurkan bekalan elektrik hijau dari sistem bekalan elektrik negara ke sistem bekalan elektrik Singapura.

Penyaluran tenaga elektrik hijau dari Malaysia ke Singapura mula hari ini

Penyaluran Tenaga Elektrik Hijau ke singapura

Penyaluran ini dilaksanakan melalui Syarikat Sembcorp Power, yang menjadi pemegang lesen import bekalan elektrik di negara tersebut dan dilakukan menerusi rangkaian sambung tara sedia ada diantara kedua-dua negara.

Pembekalan elektrik hijau merentas sempadan dari Malaysia ke Singapura yang ini adalah hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Jadikan Malaysia Peneraju AI Global, Pejabat AI Kebangsaan Pacu Ekonomi Negara

Bidaan menerusi ENEGEM adalah sebahagian daripada inisiatif Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) di bawah Skim Perdagangan Elektrik Merentas Sempadan untuk Tenaga Boleh Baharu (CBESRE).

PETRA yakin, pelaksanaan inisiatif pembekalan elektrik hijau merentas sempadan ini akan menyokong aspirasi peralihan tenaga negara.

Penyaluran Tenaga Elektrik Hijau ke singapura

Dalam pada itu, ia menyumbang kepada komitmen Malaysia dalam menerajui inisiatif integrasi bekalan elektrik serantau melalui pelaksanaan Grid Kuasa ASEAN yang merupakan salah satu agenda utama negara untuk kepengerusian ASEAN-Malaysia pada 2025.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, detik bersejarah ini telah disaksikan oleh Timbalan Menteri PETRA bersama pengurusan tertinggi, Suruhanjaya Tenaga dan TNB di Pusat Kawalan Muatan Kuasa Nasional di Ibu Pejabat TNB Bangsar.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular satu video di media sosial seorang pengulas politik Amerika Syarikat (AS) memperlekehkan Malaysia sebagai sebuah negara yang miskin menyebabkan berlakuknya ketidakpuasan dalam kalangan...

Sosial

Sepasang suami isteri meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan zuriat yang diberi nama Sharifah Amanda Raudhah selepas 19 tahun berkahwin. Menerusi hantaran yang dimuat naik...

Lokal

“Kena korek tabung vaksin jawabnya…”, demikian kata pendakwah bebas, Mohd Rasyiq Mohd Alwi, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq berkaitan diperintahkan membayar RM2.5...

Sosial

Seorang pengguna Facebook, Erny Nuryassmien berkongsi pengalaman cemas apabila menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang pemuda ketika berada di sebuah pasar raya Mydin di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd