Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Direman 4 Hari! Penuntut Disyaki Hina Islam, Pijak Al-Quran Mohon Maaf

Penuntut Disyaki Hina Islam

Seorang penuntut sebuah universiti tempatan direman selama empat hari bagi membantu siasatan berikutan tular gambar lelaki memijak Al-Quran di media sosial, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah, berkata penuntut terbabit ditahan awal pagi selepas laporan polis dibuat oleh bapa suspek.

Penuntut Disyaki Hina Islam Mohon Maaf

“Pengadu datang ke balai polis bersama anaknya dengan tujuan memohon maaf kepada orang Islam.
“Tindakan itu dilakukan kerana bimbang keselamatan anaknya selepas membuat hantaran menghina Islam di media sosial,” katanya dalam kenyataan media.

Gambar suspek memijak Al-Quran serta tangkap layar komen menghina Nabi Muhammad SAW tular sejak semalam di media sosial.

Suspek kini disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana menghina agama lain, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Penuntut UMPSA Kena Tahan Disyaki Hina Islam, Pijak Al-Quran

Ashari menasihati orang ramai supaya bertenang dan tidak mengambil tindakan sendiri yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

Sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara hingga setahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Threads ryvikselva, Harian Metro (Fazli Ahmad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd