Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Krew Pantas Bertindak! Penumpang MRT Cemas, Bateri Telefon Berasap

Penumpang MRT Cemas

Penumpang Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang dikejutkan dengan insiden kepulan asap yang memenuhi ruangan tren selepas bateri telefon salah seorang pengguna didakwa berasap dalam kejadian pagi tadi.

Perkara itu dikongsikan seorang pengguna Threads, @88darling, yang memaklumkan kepulan asap berkenaan keluar daripada telefon terbabit sehingga memenuhi koc tren, memaksa perjalanan dihentikan di Stesen Semantan.

“Perjalanan pagi yang jadi kacau. Bateri telefon berasap dalam MRT dan semua orang terpaksa keluar di Stesen Semantan dan tunggu tren seterusnya.
“Tindakan segera dari krew MRT dan prosedur operasi standard (SOP) dijalankan dengan betul. Tiada panik,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Artikel lain: ‘Ingatkan Tengok Kat VVIP Box Je, Rupanya TMJ Layan Bola Kat Restoran Mamak’

Penumpang MRT Cemas!

Menurut perkongsian tersebut, krew MRT bertindak pantas mengawal keadaan serta memastikan keselamatan penumpang sebelum mereka diarahkan turun dan menunggu tren seterusnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Insiden itu turut mencuri perhatian pengguna media sosial lain yang rata-ratanya meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan peranti elektronik, khususnya penggunaan telefon pintar dan bateri mudah alih di dalam pengangkutan awam.

Setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan dan keadaan berjaya dikawal tanpa sebarang insiden panik.

Sumber: Threads stefanaby

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd