Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Penstrukturan Semula! Volkswagen Rancang Kurangkan 100,000 Pekerja, Tutup Empat Kilang

Gergasi automotif global Volkswagen dilaporkan merancang langkah penstrukturan semula terbesar dalam sejarah syarikat dengan mengurangkan sehingga 100,000 pekerja di seluruh dunia serta menutup empat kilang utama di Jerman.

Langkah drastik itu dilihat sebagai usaha menyeluruh untuk menurunkan kos operasi, selain merombak semula struktur perniagaan dalam menghadapi tekanan pasaran automotif global yang semakin mencabar.

Menurut laporan media industri, Ketua Pegawai Eksekutif Volkswagen, Oliver Blume bersama Ketua Pegawai Kewangan, Arno Antlitz sedang menerajui pelan tersebut yang turut merangkumi cadangan memisahkan operasi jenama teras dan perniagaan komponen sebagai entiti berasingan.

Antara kilang yang terlibat dalam cadangan penutupan ialah fasiliti di Hanover, Zwickau dan Emden, selain sebuah kilang milik Audi di Neckarsulm.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penutupan itu dijangka dilaksanakan secara berperingkat selepas tamat kitaran pengeluaran model kenderaan semasa di setiap lokasi.

Perkembangan ini juga menunjukkan peningkatan berbanding pelan awal yang hanya menyasarkan pengurangan kira-kira 50,000 pekerja menjelang 2030, sekali gus mencerminkan skala cabaran yang semakin besar dihadapi syarikat berkenaan.

Artikel lain: Mulai Esok! Perodua Turunkan Kos Servis, Alat Ganti 10 Peratus

Volkswagen ketika ini berdepan persaingan sengit daripada pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China, pertumbuhan industri yang perlahan serta kesan ketidaktentuan perdagangan global.

“Bagaimanapun, pelan penstrukturan itu dijangka berdepan tentangan daripada kesatuan sekerja IG Metall dan majlis pekerja, yang menegaskan akan mengambil tindakan bagi mempertahankan pekerjaan dan operasi kilang,”katanya.

Pelan berkenaan dijangka mencetuskan perdebatan besar di Jerman, khususnya melibatkan isu pekerjaan, masa depan industri automotif tempatan serta tekanan transformasi ke arah kenderaan elektrik.

Sumber: Reuters

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd