Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bukan Sekadar Pelengkap Organisasi, Penjawat Awam Wanita Mampu Terajui Kepimpinan

Penjawat awam wanita bukan hanya pelengkap sesebuah organisasi malah memiliki kemampuan untuk menerajui jabatan, memikir dasar negara dan mampu mendidik generasi akan datang.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata berdasarkan statistik Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 2023, pekerja wanita dalam sektor aam mencapai jumlah 765,616 orang atau 59.3 peratus berbanding penjawat awam lelaki.

Penjawat awam wanita

Penjawat awam wanita

Foto: Bernama

“Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia. Ini selaras dengan penanda aras ketujuh sasaran ekonomi MADANI iaitu kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh mencapai 60 peratus menjelang 2033,” katanya.

Shamsul Azri berkata demikian pada Majlis Penutupan Mesyuarat Agung Perwakilan (MAP) Persatuan Suri Dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) ke-43 yang dirasmikan Penaungnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di sini hari ini.

Sementara itu, beliau yang juga Penasihat Puspanita berkata wanita trut memainkan peranan penting sebagai pencetus perubahan dan pemimpin berwibawa.

“Maka tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa memperkasakan wanita hari ini bukan sahaja untuk meneruskan legasi kepimpinan yang telah lama wujud, malah wanita kini memikul tanggungjawab untuk memperluas ruang dan memperkukuh peluang,” katanya.

Artikel lain: Pelajar UM Cipta KelantanLingo, Mudah Fahamkan Dialek Kelantan Secara Interaktif

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penjawat awam wanita

Foto: Bernama

Shamsul Azri berharap Puspanita dapat menjajarkan dan mengarusperdanakan hala tuju baharunya dalam membangunkan Pelan Strategik Puspanita 2026-2030 seiring dengan kesemua agenda nasional yang telah ditetapkan kerajaan.

“Satu aspek penting yang wajar untuk terus diberikan penekanan oleh Puspanita ialah program kebajikan dan kesukarelawan.
“Mengambil contoh peristia letupan di Putra Height, kehadiran Puspanita di lapangan menyantuni dan memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan adalah sangat bermakna buat mereka,” katanya.

Turut hadir Yang Dipertua Puspanita Puan Sri Maheran Jamil, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Abd Shukor Mahmood dan Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nasriah Darus.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd