Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pelajar UM Cipta KelantanLingo, Mudah Fahamkan Dialek Kelantan Secara Interaktif

Seperti yang kita tahu, Malaysia kaya dengan pelbagai dialek mengikut negeri dan salah satunya ialah Kelantan yang terkenal dengan sebutan unik dan gaya pertuturan tersendiri.

KelantanLingo bantu faham dialek ‘Kelate’

Namun, ramai yang bukan berasal dari Kelantan sering menghadapi kesukaran untuk memahaminya, hingga boleh menimbulkan kekeliruan dalam komunikasi harian.

kelantanlingo

Foto: FB UG IFEST 2025

Menyedari akan keperluan ini, sekumpulan pelajar dari Universiti Malaya (UM) yang diketuai oleh Nur Liyana dan rakan-rakan yang lain telah tampil dengan satu inisiatif inovatif yang diberi nama ‘KelantanLingo’, iaitu sebuah aplikasi interaktif yang dibangunkan khusus untuk membantu pengguna memahami dialek Kelantan secara sistematik dan menyeronokkan.

Artikel lain: KP Kelantan Sahkan Tiada Terima Laporan Kecurian Kabel ECRL

Aplikasi ini dibangunkan menggunakan pendekatan penyelidikan reka bentuk dan pembangunan (DDR), yang bukan hanya menekankan aspek teori, tetapi juga mengambil kira keberkesanan dan pengalaman pengguna dalam pembelajaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Melalui aplikasi KelantanLingo, pengguna boleh mempelajari maksud perkataan, sebutan yang betul, serta konteks penggunaan ayat dalam dialek Kelantan melalui modul interaktif seperti kuiz, audio sebutan, dan senarai terjemahan ayat harian.

kelantanlingo

Foto: Carian Google

Ia bukan sahaja berguna untuk pelajar, malah turut memberi manfaat kepada pelancong, pekerja luar negeri yangditempatkan di Kelantan, atau sesiapa sahaja yang ingin mengenali budya dan bahasa negeri Cik Siti Wan Kembang dengan lebih dekat.

Dengan adanya aplikasi ini, diharapkan ia dapat menjadi jambatan dalam membina persefahaman antara negeri dan bangsa, serta menjadi satu usaha penting dalam memelihara dan mendokumentasikan warisan dialek tempatan yang semakin dilupakan oleh generasi muda.

KelantanLingo bukan sekadar alat teknologi, tetapi simbol usaha generasi muda dalam menghargai bahasa ibunda yang menjadi nadi kepada jati diri rakyat Malaysia.

Sumber: Facebook @UG IFEST 2025

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang pekerja FamilyMart yang didakwa menyimbah sup ke arah seorang penghantar makanan telah digantung tugas sementara menunggu siasatan dalaman dijalankan oleh pihak syarikat. Syarikat...

Lokal

Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor bersama isterinya maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 76, Jalan Kuantan-Segamat dekat Paloh Hinai, awal pagi tadi....

Lokal

Hasrat sepasang suami isteri pulang selepas menunaikan solat sunat Aidiladha berakhir tragedi apabila wanita berusia 47 tahun maut, manakala suaminya parah dalam satu kemalangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd