Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Pengasas Temu, Colin Huang Kini Individu Terkaya Di China

Usahawan teknologi dan e-dagang di bawah jenama Temu, Colin Huang menjadi orang terkaya di China dengan kekayaan AS$48.6 bilion menurut Indeks Billionaires Bloomberg.

Menerusi laporan The Straits Times, kekayaan lelaki berusia 44 tahun itu menggantikan raja air botol China, Zhong Shanshan yang memegang gelaran orang terkaya di negara itu sejak April 2021.

Foto: The Straits Times

Kejayaan Huang didorong oleh faktor perubahan tabiat membeli-belah rakyat di China selepas berlakunya krisis hartanah di negara tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau juga menjadi taikun teknologi pertama yang berada di kedudukan teratas orang terkaya dalam tempoh lebih tiga tahun.

Hal itu berlaku selepas kerajaan memberikan tekanan ke atas perniagaan swasta seperti Alibaba Group Holding Ltd yang diasaskan Jack Ma.

Foto: neelumkaidan.blogspot.com

Sementara itu, Pengarah Urusan di firma ekuiti swasta Kaiyuan Capital, Brock Silvers berkata, zaman Jack Ma dan Jeff Bezos telah berubah dan Huang berjaya melihat potensi besar melalui pendekatan berbeza.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Huang juga merupakan generasi baharu dalam usahawan teknologi yang memulakan kerjaya awal di China dengan memanfaatkan peluang global.

Foto: ecommercenext.org

Seorang penganalisis runcit di GlobalData Retail, Neil Saunders berkata, orang ramai kini dalam keadaan ekonomi merundum dan mencari barang dengan harga yang rendah menjadikan peruncit seperti Temu untuk menyinar.

Saunders turut berkata Temu sedang berada di era ‘rampasan tanah’ dan kini berada di fasa pertumbuhan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: The Straits Times

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd