Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pengantin Ceroboh Landasan Kereta Api Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang

Susulan insiden pengantin ceroboh landasan kereta api, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tidak akan berkompromi terhadap individu yang menceroboh landasan kereta api dan tindakan itu boleh dikenakan denda RM500.

Memetik laporan Bernama, Ketua Pegawai Operasi KTMB Mohd Zain Mat Taha berkata mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, semua kawasan landasan merupakan kawasan larangan.

Pengantin ceroboh landasan kereta api, KTMB tidak kompromi

Pengantin Ceroboh Landasan Kereta Api

Foto: Berita Harian

Dalam pada itu, Mohd Zain turut berkata perlanggaran akta itu boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 126 akta berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa yang sama, beliau turut meminta masyarakat diminta agar tidak menceroboh termasuk mengambil gambar di mana-mana landasan kereta api memandangkan perbuatan itu berbahaya sekaligus dikira menceroboh.

“KTMB tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didapati melanggar peraturan ini.
“Kami menyeru orang ramai yang sentiasa mematuhi peraturan keselamatan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
“Keselamatan adalah keutamaan KTMB dan kami berharap agar pencerobohan landasan kereta api tidak berulang lagi di masa hadapan,” katanya.

Pengantin Ceroboh Landasan Kereta Api

Foto: The Malaya Post

Sementara itu, KTMB juga telah mengeluarkan kenyataan menerusi satu hantaran di Facebook pada 5 Ogos lepas yang mana mereka turut melarang mana-mana individu untuk mengambil gambar atau video berhampiran landasan kereta api.

“Kami ingin ingatkan kepada semua lapisan masyarakat bahawa mengambil gambar atau video di tepi landasan kereta api adalah satu kesalahan dan tindakan yang merbahaya.
“Semua kawasan landasan kereta api merupakan kawasan larangan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 126, Akta Pengangkutan Awam Darat, iaitu penalti sebanyak RM500 bagi setiap kesalahan,” ujar KTMB menerusi hantaran di Facebook.
Pengantin Ceroboh Landasan Kereta Api

Terdahulu, video memaparkan sepasang pengantin yang melakukan pre wedding photoshoot di Jambatan Guillemard di Tanah Merah, Kelantan.

Artikel lain: Dakwa Bukit Aman Akan Dirombak, Penulis Malaysiakini Dipanggil Polis

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi video itu, kelihatan seorang jurugambar lelaki sedang berlari dari landasan berkenaan manakala pasangan pengantin tersebut hanya berjalan dengan selamba.

Walaupun kereta api semakin hampir dan membunyikan hon terhadap pasangan tersebut, kedua-duanya seakan-akan tidak mendengar dan tetap berjalan dengan santai.

Jurugambar dan individu yang mengambil video itu juga meminta pasangan itu untuk mempercepatkan langkah, namun mereka tetap dengan tenang berjalan sambil tertawa.

Pengantin Ceroboh Landasan Kereta Api

Disebabkan tindakan pasangan tersebut, kereta api berkenaan terpaksa diberhentikan oleh konduktor bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pasangan tersebut menerima kecaman ramai selepas video tersebut tular dan berharap tindakan undang-undang diambil terhadap individu-individu yang mengganggu perjalanan kereta api itu.

Sumber: Bernama, Facebook Keretapi Tanah Melayu Berhad

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kesejahteraan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus diletakkan sebagai antara agenda utama dalam Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030 dengan penekanan kepada pembangunan semula...

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Sosial

Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah tampil memohon maaf secara terbuka susulan kesilapan penulisan ayat al-Quran yang terdapat dalam buku terbitannya, ‘Wanita Syurga’ sehingga mencetuskan kegusaran...

Lokal

Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas rebah ketika mengikuti latihan rugbi di sebuah sekolah menengah di Telok Mas, petang tadi....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd