Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pengamal Media China Jamah Nasi Kandar, Siap Fasih Bahasa Melayu

Sekumpulan pengamal media dari China membuat liputan berkenaan lawatan Presidennya, Xi Jinping meraih perhatian ramai apabila menikmati nasi kandar.

Bukan itu sahaja, lebih mengejutkan kesemua daripada mereka fasih berbahasa Melayu apabila ditanyakan mengenai menu makanan yang dijamah sebagai sajian makan tengah hari.

Pengamal media China fasih Bahasa Melayu

@husnaliangliang

Semuanya bercakap bahasa dan order hidangan Malaysia!😋 Kumpulan wartawan China yang bercakap Bahasa Melayu dah sampai Putrajaya untuk wawancara dengan PM! Kena hati-hati ketika makan, jangan kotorkan suit haha! #cinacakapMelayu #hidanganMalaysia #nasikandar #HusnaLiang #fyp

♬ 原创音乐 – Husna

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi hantaran di TikTok @husnaliangliang, memaparkan wartawan dari China Media Group (CMG) bersama rakan-rakannya menikmati makanan tersebut di Putrajaya sambil berborak berkenaan menu makanan itu.

“Semuanya bercakap bahasa dan pesan makanan Malaysia!
“Kumpulan wartawan China yang berbual dalam bahasa Melayu dah sampai Putrajaya untuk wawancara dengan Perdana Menteri. Kena hati-hati ketika makan, jangan sampai baju kotor,” tulis Husna baru-baru ini.

Dalam perkongsian video itu, Husna juga memberikan nama Melayu kepada rakan-rakannya sebagai nama samaran membuatkan netizen bertambah teruja.

Semua pengamal media itu dikenali sebagai Fadil, Rahman, Latifah dan Satria, manakala seorang lagi ‘bos’ iaitu membawa maksud kepada ketua bagi kumpulan tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, warganet berasa kagum melihat pengamal media tersebut fasih bertutur menggunakan bahasa kebangsaan biarpun bukan berasal dari Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah netizen juga turut membandingkan pengamal media itu dengan segelintir individu berbangsa Cina di negara ini yang masih tidak mahu memartabatkan bahasa Melayu malah dipercayai kekok apabila menggunakannya.

Hebat berbahasa kebangsaan

pengamal media china

Lagi fasih dari orang Cina Malaysia

pengamal media china

Sangat terkejut

pengamal media china

Artikel lain: Xi Jinping Anggap China-Malaysia Kawan Karib Dan Rakan Kongsi

Untuk rekod, Xi mengadakan lawatan negara selama tiga hari ke Malaysia bermula 15 hingga 17 April atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan beliau disambut dengan istiadat sambutan negara serta diikuti dengan kunjungan menghadap di Istana Negara.

Sumber: TikTok husnaliangliang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Luahan rindu seorang ibu, Amelia Kartika Mappatata yang kehilangan puteri tunggalnya Chempaka Alara Azizi mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet. Dandan rambut jadi momen...

Sosial

Siapa sangka, pencuci mulut ikonik Malaysia kini boleh ditemui jauh di bumi Sweden. Ais kacang RM28 Baru-baru ini, tular di TikTok menerusi perkongsian @wawawandering...

Sosial

Seorang lelaki berbangsa Cina dikenali sebagai Norman Goh menceritakan pengalaman melanjutkan pengajian di universiti idamannya biarpun gagal pada percubaaan pertama. Menerusi perkongsian di Facebook,...

Sosial

Seorang pengguna Facebook, Ishaq Marazi, tampil mendedahkan pandangan berhubung projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru yang kini hangat diperkatakan. Menurutnya, beliau merupakan antara pemilik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd