Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Pendedahan Hanya Buktikan Tun M Tak Ikhlas Bekerjasama Dengan DAP -Loke

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke  menyatakan bahawa pengakuan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tun M yang mempergunakan Parti Tindakan Demokratik (DAP) sebagai satu cara menjatuhkan kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 2018 sebagai satu kerjasama yang tidak ikhlas dibuat negarawan terbabit.

tun m

Kenyataan Tun M berbeza dengan DAP

Memetik laporan dari Bernama, Anthony memaklumkan yang pengakuan Tun M nyata berbeza dengan DAP dimana melihat kerjasama berkenaan sebagai satu pembaharuan dalam pentadbiran dan kemajuan Malaysia selepas pilihan raya umum (PRU) 2018.

“Kita juga ada bertanyakan pandangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih dalam penjara ketika itu, yang pada mulanya beliau agak keberatan untuk bekerjasama dengan Dr Mahathir, tetapi akhirnya bersetuju kerana melihat ada keperluan dari segi strategi untuk menggabungkan pengaruh dan kuasa, bagi membawa pembentukan kerajaan baharu.
“…dan pada 2018 terbukti bahawa strategi itu membuahkan hasil kerana buat pertama kalinya Barisan Nasional ditewaskan. Cuma apa yang berlaku selepas pembentukan kerajaan baharu, kita kesali kerana ia tidak dapat mencapai objektif yang sepenuhnya,” katanya.

tun m

Tun M buat pendedahan di Keluar Sekejap

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Dr Mahathir dalam rakaman podcast Keluar Sekejap bersama Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan semalam, yang mengakui dirinya hanya mempergunakan DAP dan menyedari DAP juga mempergunakannya untuk menjatuhkan Najib.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Tun Mahathir Dedah Sebab Tidak Menyukai Khairy Jamaluddin

Pendedahan itu dibuat selepas Dr Mahathir ditanya oleh Shahril mengenai pendiriannya yang dilihat tidak konsisten dalam berurusan dengan DAP dan PAS, kerana ada ketikanya sering mengkritik dua parti berkenaan, tetapi pada ketika lain, boleh duduk bersama pimpinan parti terbabit.

Sumber: Bernama, Podcast Keluar Sekejap

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Di sebalik gemerlap dunia media sosial, setiap penceritaan ada hikmahnya. Begitulah yang dapat dilihat melalui insiden melibatkan Kak Nab, seorang pempengaruh TikTok yang juga...

Sosial

Kenyataan pempengaruh dan usahawan, Faiz Soul, yang mendakwa satu produk minuman mampu menurunkan kolesterol serta paras gula dalam darah mencetuskan kecaman netizen. Mana tidaknya,...

Sosial

Seorang lelaki tampil memberi penjelasan susulan tular insiden membabitkan sebuah Toyota Alphard dan penunggang motosikal di Taman Johor Jaya di Johor Bahru yang berakhir...

Lokal

Polis mengesahkan penemuan mayat seorang wanita yang disembunyikan di dalam sebuah beg dan ditanam di kawasan belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd