Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pemuda Raih Pulangan Lumayan, Jual Ubi Kayu Cecah Satu Tan Sehari

Seorang pemuda tidak menyangka usaha menanam ubi kayu di tanah seluas lapan hektar (20 ekar) sejak tahun lepas memberi pulangan lumayan kepadanya selepas berjaya jual kira-kira satu tan hasil tanaman itu sehari, sejak Monsun Timur Laut (MTL) bermula minggu ini.

Mohd Hazim Zulkifli, 26, berkata dia mengusahakan tanaman itu bersama seorang rakannya Azizan Muhammad, 36, di Kampung Kemudu Bongkok, Bachok dan menjualnya di Kampung Gaal bermula tiga hari lepas.

“Kami sepakat mengusahakan tanaman ubi kayu memandangkan tanaman ini mendapat sambutan ramai tiap kali musim tengkujuh.
“Kami tidak menyangka jualan kami laris sejak hari pertama beroperasi dengan jualan sebanyak 500 kilogram (kg) meningkat kepada 850kg pada hari kedua dan seterusnya jualan mencecah satu tan sehari,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Jual ubi kayu satu tan

Artikel lain: Berhenti Kerja Makan Gaji, Suami Isteri Raih RM12,000 Sebulan Jual Donut

Beliau berkata kedudukan gerai jualannya di tepi jalan utama di Kampung Gaal yang juga berdekatan sempadan Jertih, Terengganu memberi kelebihan kepadanya apabila ramai pelanggan singgah mendapatkan ubi kayu yang dijualnya pada harga RM2.50 sekilogram.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mohd Hazim berkata, beliau mungkin mendapatkan bekalan ubi kayu daripada penanam lain jika bekalan sedia ada tidak dapat menampung permintaan pelanggan sepanjang musim tengkujuh ini.

Katanya, bagi melengkapkan menu ubi rebus, beliau turut menjual kelapa muda kepada pelanggan selain produk kerepek ubi kayu pelbagai perisa yang diusahakannya sejak tiga tahun lepas.

Memandangkan jualan yang agak laris, Muhd Hazim telah mengambil seorang pekerja selain dibantu isterinya, Nabila Abdullah, 26, yang telah berhenti kerja sebagai kerani pemasaran untuk membantu beliau menguruskan perniagaan itu.

Menurut Muhd Hazim, memandangkan jualan ubi mentah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan, dia akan meneruskan usahanya menanam tanaman itu sebaik sahaja musim tengkujuh tahun ini berakhir bagi persediaan jualan tahun hadapan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bagi saya tanaman ubi kayu mempunyai potensi pasaran yang baik sama ada dijual mentah pada musim tengkujuh atau dijadikan kerepek untuk dijual sepanjang tahun,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipenjara 18 tahun dalam pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain...

Spotlight

Pelakon Jennifer Coppen titip ucapan terima kasih kepada semua orang yang hadir ke acara menabur abu mayat suaminya, Yitta Dali Wasink di Pantai Lembeng,...

Nasional

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa semua pihak menghentikan penyebaran poster atau perkara tidak rasmi berkaitan atlet negara di media sosial yang akan...

Bisnes

Platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara, Shopee Pte Ltd (Shopee) mengumumkan akan menyemak semula yuran transaksi untuk penjual daripada 2.0 peratus kepada 3.5 peratus...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd