Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Pembangkang Tiada Kekuatan Bawa Usul Undi Tidak Percaya Ke Parlimen – Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pembangkang tiada kekuatan untuk bawa usul undi tidak percaya ke Parlimen, sebaliknya hanya memainkan propaganda untuk menipu penyokong mereka.

Beliau berkata ini terbukti kerana sehingga sekarang, pembangkang tidak pernah lagi membawa usul seumpama itu sepanjang setahun Kerajaan MADANI.

Pembangkang tiada kekuatan bawa usul undi tidak percaya

Artikel lain: Anwar Ibrahim Terus Gunakan Petikan Ayat Al-Quran, Rujuk JAKIM Elak Kontroversi

“….Dah lama dah dia (pembangkang) tidak  bawa (usul tidak percaya), setahun dah. Hari-hari kita tunggu, tiada.
“Jadi kita tidak fikir bab tu, saya tidak fikir dia ada kekuatan untuk bawa ini (undi tidak percaya), selain propaganda untuk menipu penyokong-penyokong dia supaya tidak hilang semangat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pembangkang berani mengambil langkah berkenaan, susulan peringatan Ahli Parlimen Pasir Gudang  Hassan Karim, supaya pembangkang membuat usul itu sekiranya serius mahu menguji keabsahan Perdana Menteri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semalam, Hassan ‘mengingatkan’  supaya pembangkang segera mengemukakan usul tidak percaya terhadap Ahli Parlimen Tambun tersebut, sekiranya mahu menguji keabsahan Perdana Menteri itu sebelum mesyuarat pertama penggal ketiga Dewan Rakyat, yang mula bersidang pada 26 Feb depan.

“Ya, itu pandangan yang sesuailah (pandangan Hassan). Kalau tidak, hari-hari orang asyik cari ini (akuan bersumpah), Langkah Dubailah atau mana-mana. Sekarang dah terbukti bahawa itu semua hanya ‘politik cemas’ dalam kalangan mereka yang kehilangan modal.
“Jadi, saya nasihat jemaah menteri dan pimpinan kerajaan umumnya, supaya menumpukan perhatian untuk membangunkan negara. Tahun 2024 fokus kita ialah pembangunan dan keutuhan ekonomi negara,” kata Anwar.

Ketika ditanya mengenai sama ada akan ada lebih banyak tangkapan berkaitan rasuah melibatkan ‘jerung-jerung’ besar, Perdana Menteri berkata itu terpulang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Itu urusan SPRM, tetapi saya tidak mahu orang anggap ini perkara kecil, baru, lama, tak boleh. Orang kalau dia tidak salah, tidak perlu bimbang kerana siasatan itu akan diteliti dan pendakwaan akan diberikan dan dikemukakan sekiranya terdapat bukti yang kukuh.
“Tetapi janganlah sesetengah orang anggap ini soal pihak tertentu dan sebagainya, kerana ini akan memberikan gambaran seolah-olah ada orang-orang…jerung-jerung besar terlepas,” kata beliau.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tindakan pantas dan berani seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun berjaya menyelamatkan rakannya yang hampir lemas dalam kejadian di Pantai Pasir Hitam, Sabtu lalu....

Sosial

Seorang pemuda tampil menerusi siaran langsung di TikTok pada malam Jumaat dengan mendakwa dirinya anak kepada wanita dikerat, sambil menceritakan semula hubungan ibunya dengan...

Bisnes

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3 peratus dan 6.5 peratus bagi 2025, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia...

Lokal

Seorang wanita warga Malaysia yang terkandas di Lombok, Indonesia sejak 18 tahun lalu akhirnya selamat dibawa pulang ke tanah air pada Sabtu, selepas sekian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd