Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Gaji Tertunggak Lapan Bulan, Pemain Bola Berniaga Air Balang

Bekas pemain bola Sri Pahang FC, Mohammad Gopi Rizqi tidak menyangka gambarnya sedang berniaga air balang di Kampung Api- api, Pontian tular di media sosial, malah masih ramai individu yang mengenali dirinya.

Pemain bola berniaga air balang

Menurut laporan Sinar Harian, lelaki berusia 36 tahun itu meluahkan rasa syukur kerana ramai pelanggan singgah di gerainya termasuk untuk bergambar selain tidak menyangka dia berada di Pontian.

berniaga air balang

“Tidak kurang juga ada yang tanya bila saya hendak masuk padang semula, namun banyak kata-kata positif diberikan untuk saya dan keluarga teruskan perniagaan air balang pada Ramadan kali ini,” katanya.

Mohammad Gopi berkata, masalah tunggakan gaji bersama sebuah pasukan di ibu negara sejak lapan bulan lalu menyukarkan kehidupan sekali gus terpaksa mencari pendapatan lebih untuk menyara isterinya Nor Hidayah Roslan, 38, serta dua orang anak mereka yang masih kecil.

berniaga air balang

“Dalam keadaan sekarang ini, sudah lapan bulan saya tidak mendapat gaji, memang sukar dan kami ambil keputusan untuk jual air balang di depan rumah.
“Setakat ini cuma air balang mata kucing dan jagung dijual selain ada sedikit kuih muih. Isteri turut membantu dengan menjual popia carbonara,” ujarnya.

Sementara itu, dia yang pernah merangkul dua Piala Malaysia dan satu gelaran Piala FA mengakui mudah untuk menjalani ibadah puasa walaupun bergelar saudara baru sejak enam tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: PRK Mahkota: PN Pertaruh Bekas Pemain Bola Sepak Coach Haizan

berniaga air balang

“Sejak kecil saya ramai berkawan dengan orang Melayu. Saya dapat banyak petunjuk dan akhirnya membuat keputusan untuk memeluk Islam.
“Tidak sukar untuk saya menjalani ibadah puasa sebagai seorang Muslim. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik,” katanya.

Untuk rekod, Gopi pernah bermain dalam saingan Liga M bersama Pahang dari 2010-2015, diikuti Selangor (2016), Johor Darul Ta’zim (JDT) (2017-2018), Melaka United (2018), Polis Diraja Malaysia (PDRM) (2019) dan Pahang (2020).

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Sukan

Skuad kuadran negara muncul juara dunia selepas menewaskan India 2-0 pada aksi final Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi. Kuartet...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd