Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pelancong China Dikecam Ubah Mural Di Pulau Pinang Tanpa Kebenaran

Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan seorang pelancong dari China bertindak kasar terhadap barista tempatan menyebabkan warganet mula membongkar tindakan biadab mereka di media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads, terdapat individu yang cuba mendedahkan tindakan vendalisme yang dilakukan oleh seorang pelancong semasa berkunjung di Chew Jetty di Pulau Pinang.

Ubah mural tanpa kebenaran

pelancong china Ubah mural tanpa kebenaran

Difahamkan, wanita itu dengan sengaja melukis gambar haiwan yang menjadi simbolik negaranya pada lukisan mural tersebut tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu.

“Saya secara senyap melukis panda merah hari ini,” tulisnya pada kapsyennya.

Dalam video itu, dilihat para pekerja dan penduduk sudah cuba menghalangnya namun tidak menghiraukan teguran tersebut dan tetap beregil mahu meneruskan lukisannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, dia juga memberitahu berdepan sedikit kesukaran untuk melukis di ruang yang terhad namun meluahkan rasa bangga kerana tindakannya itu berjaya mencuri tumpuan pelancong dari negara lain.

Beberapa keping gambar telah dimuat naik memperlihatkan dirinya bersama hasil lukisan haram itu sehingga menerima pelbagai kritikan.

Artikel lain: Tular Pekerja Zus Disimbah Air Kopi, Netizen Bengang Dengan Sikap Pelanggan

Susulan video berkenaan tular, rata-rata warganet mengecam keras tindakan tidak bertanggungjawab itu dan menganggap wanita berkenaan telah mencemarkan keindahan mural tempatan serta bersikap tidak menghormati budaya dan seni komuniti setempat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ramai turut menggesa pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan tegas terhadap pelancong yang melakukan vandalisme di kawasan pelancongan bersejarah itu.

Sumber: Threads lovetyte

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kesejahteraan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus diletakkan sebagai antara agenda utama dalam Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030 dengan penekanan kepada pembangunan semula...

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Sosial

Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah tampil memohon maaf secara terbuka susulan kesilapan penulisan ayat al-Quran yang terdapat dalam buku terbitannya, ‘Wanita Syurga’ sehingga mencetuskan kegusaran...

Lokal

Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas rebah ketika mengikuti latihan rugbi di sebuah sekolah menengah di Telok Mas, petang tadi....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd