Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tular Pekerja Zus Disimbah Air Kopi, Netizen Bengang Dengan Sikap Pelanggan

Sebuah video yang kini tular di media sosial memaparkan insiden mengejutkan melibatkan seorang pekerja Zus yang disimbah dipercayai air kopi oleh seorang pelanggan perempuan. Video berdurasi lebih kurang 11 saat itu dimuat naik oleh @mimaiinayu, dan telah menarik perhatian ramai netizen.

Pekerja disimbah air oleh pelanggan

Rakaman tersebut memperlihatkan pekerja wanita Zuss cuba menenangkan situasi ketika berhadapan dengan pelanggan yang dipercayai bukan warganegara Malaysia berdasarkan percakapannya.

pekerja zus

Insiden bermula apabila pekerja itu meminta pelanggan berkenaan keluar dari premis. Namun pelanggan itu enggan dan membalas dengan nada marah,

“Kenapa saya nak kena keluar? Saya nak beli coffee, kenapa saya kena keluar?”

Artikel lain: Video Warga Emas Cuci Tandas Di Stesen Minyak Raih Simpati Ramai – “Patut Usia Begini Rehat Kat Rumah”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setelah itu, pelanggan terbabit terus melontarkan kata-kata kesat kepada pekerja tersebut sebelum akhirnya melempar air ke arahnya. Kejadian singkat tetapi jelas mencetuskan rasa geram ramai pihak kerana tindakan tersebut dianggap melebihi batas.

Rata-rata netizen meluahkan rasa geram dengan tingkah laku pelanggan itu. Ada yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai keterlaluan dan tidak menghormati pekerja yang sedang menjalankan tugas mereka.

Komen-komen di media sosial rata-rata menyatakan sokongan kepada pekerja Zuss dan mengecam perbuatan pelanggan terbabit.

pekerja zus

Sehingga kini, pihak Zuss masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai kejadian ini, dan motif sebenar insiden itu masih belum dapat dipastikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Insiden ini sekali lagi menekankan pentingnya menghormati pekerja perkhidmatan. Tiada siapa berhak menyerang atau menghina mereka, tidak kira situasi apa sekalipun. Walaupun hanya untuk membeli secawan kopi, sopan santun dan hormat-menghormati tetap perlu dijaga.

Kami side akak Zus

pekerja zus

Tiada siapa patut dapat layanan begini

pekerja zus

Ini sangat kurang ajar

pekerja zus

Akak ni kena pecat, aku berhenti beli kopi

pekerja zus

Sumber: Threads @mimaiinayu

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas adik ipar usahawan dan personaliti media sosial, Iqbal Zulkefli iaitu Anes Ayunie kini berada dalam keadaan stabil selepas mengalami komplikasi ‘placenta accreta’ sejurus...

Lokal

Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang tular susulan dakwaan menghina penduduk China ketika melancong ke negara itu baru-baru...

Lokal

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkukuh jaringan akademik dan industri kreatif antarabangsa menerusi Program Lawatan Secara Bersemuka Profesor Adjung Erik Knudsen 2026 yang...

Nasional

Kesejahteraan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus diletakkan sebagai antara agenda utama dalam Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030 dengan penekanan kepada pembangunan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd