Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pelaksanaan Subsidi RON95 Berjalan Lancar, Operasi Stesen Minyak Terkawal – Saifuddin

Pelaksanaan subsidi petrol RON95 di bawah inisiatif Budi MADANI RON95 (BUDI95) berjalan lancar dengan operasi stesen minyak di seluruh negara dilaporkan baik, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, berdasarkan pemantauan awal, keadaan di stesen minyak terutama pada waktu puncak adalah terkawal.

Saifuddin Nasution berkata, beliau juga telah memaklumkan perkembangan pelaksanaan BUDI95 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi panggilan telefon.

Pelaksanaan subsidi

Pelaksanaan subsidi

“Hari ini, kita tengok stesen-stesen minyak umumnya termasuk pada waktu puncak lancar, dan ini bukan berlaku secara spontan… ini berlaku kerana perancangan yang begitu rapi,” katanya ketika berucap di perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini.

Beliau berkata, kejayaan terbesar BUDI95 adalah pembelian petrol RON95 dengan pengesahan kad pengenalan, atau MyKad, dapat dilaksanakan di pam stesen minyak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Saifuddin Nasution berkata, pengesahan MyKad bukan sahaja boleh buat di kaunter melalui pembaca kad tetapi juga boleh dilaksanakan di pam minyak secara terus.

Artikel lain: BUDI95: Rakyat Malaysia Bertuah, Harga Petrol Murah – Warga Thailand Tetap Serbu

Pelaksanaan subsidi

“Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah bantu untuk melakukan naik taraf sistem di terminal stesen minyak melalui kepakaran dan bahagian teknologi maklumat JPN… kita membantu 4,000 syarikat minyak seluruhnya (untuk pelaksanaan BUDI95),” katanya.

Beliau berkata, pihaknya kini meneliti beberapa isu berbangkit berhubung pelaksanaan BUDI95 khususnya membabitkan beberapa anggota dan pesara polis.

“Kita ada sejumlah kecil dalam kalangan anggota polis yang lesen memandu mereka perlu diintegrasikan dengan sistem Jabatan Pengangkutan Jalan dan sistem Kementerian Kewangan,” katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin Nasution berkata, penjimatan kerajaan hasil pelaksanaan BUDI95 akan dikembalikan kepada rakyat melalui pelbagai inisiaitif dan pembinaan infrastruktur lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya boleh sebut bahawa penjimatan itu boleh bina jambatan, sekolah dan hospital untuk rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri mengumumkan bahawa menerusi BUDI95, rakyat Malaysia akan menikmati harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter berbanding RM2.05 seliter bermula hari ini tanpa mengira tahap pendapatan.

Menerusi BUDI95, setiap rakyat Malaysia diberi kelayakan hingga 300 liter sebulan manakala bagi bukan warganegara pula, harga RON95 ditetapkan pada RM2.60 seliter mulai tarikh sama.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Dua pelajar perempuan berasal dari Korea Selatan mencuri tumpuan warganet apabila memperoleh 10A bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, termasuk Bahasa Melayu. Menurut...

Bisnes

Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran (AMP) sebanyak RM1 juta ke atas Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) susulan pelanggaran perlindungan...

Lokal

Syarikat Sin Sing Coffee Sdn Bhd tampil menafikan dakwaan yang mengaitkan mereka dengan penarikan sijil halal susulan isu penggunaan berus bulu babi yang tular...

Nasional

Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bentong, Pahang, Ruby Adira Batreisya, 17, yang meninggal dunia dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Jalan Ulu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd