Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pulang Cuti Dari Thailand Bersama Teman Lelaki, Pelajar Tingkatan Enam Positif Bahan Terlarang

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Enam berusia 19 tahun dari Jitra ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah selepas didapati positif dadah ketika pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam pada Isnin.

Menurut laporan Berita Harian, remaja berkenaan dipercayai pulang bercuti dari Dannok, Thailand, bersama teman lelakinya berusia 25 tahun yang bekerja di sebuah kilang, dengan menaiki motosikal.

Menurut pelajar itu, dia ke Thailand untuk mengisi cuti umum sambutan Hari Kebangsaan, namun didapati positif dadah sebaik tiba di pintu masuk negara pada awal pagi Isnin.

pelajar

Foto: BH

“Saya sebenarnya perlu hadir ke sekolah hari Isnin, tetapi ikut teman lelaki ke Dannok kerana bimbang dia bersama wanita lain.
“Saya ambil pil ekstasi hanya untuk berhibur, teman lelaki saya pun turut positif dadah,” katanya.

Pelajar tersebut yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun ini berkata, ibu bapanya mengetahui perjalanannya ke negara jiran, namun tidak menyedari penglibatannya dengan dadah.

Artikel lain: Pelajar Lelaki Tingkatan Empat Didakwa Perkosa Rakan Perempuan Dalam Kelas Di Sekolah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam operasi sama, seorang ibu tunggal berusia 30 tahun dari Pokok Sena turut ditahan bersama teman lelakinya selepas kedua-duanya disahkan positif dadah jenis ekstasi.

Wanita itu mengaku mengambil dadah ketika berhibur di Pekan Danok.

Pengarah AADK Kedah, Khairul Anwar Ahmad, berkata seramai 31 individu menjalani ujian saringan air kencing dalam Ops Merdeka 2025 yang dijalankan sejak jam 3 petang Ahad hingga 1 tengah hari Isnin.

“Hasil saringan mendapati 23 individu positif dadah melibatkan 21 lelaki dan dua wanita berusia 18 hingga 40 tahun.
“Kebanyakan mereka adalah pengguna kali pertama yang mengambil dadah di pusat hiburan untuk keseronokan,” ujarnya.
pelajar

Foto: Bernama

Beliau menjelaskan, operasi ini bertujuan membanteras penyalahgunaan dadah di pintu masuk sempadan negara, selain memperkukuh risikan serta mendapatkan profil berkaitan penagihan, pengedaran dan penyeludupan dadah.

Ops Merdeka 2025 menglibatkan seramai 15 anggota AADK bersama pasukan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kesemua 23 individu ditahan untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 3(1)(a) Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Sumber: Berita Harian (Zuliaty Zulkiffli)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Lokal

Polis sedang menyiasat satu hantaran gambar berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang dimuat naik oleh akaun Facebook ‘Huayan The Pureland...

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Lokal

Adik kepada wanita yang pernah tular dikasari suami hingga koma, Jahidah Nordin, Fauziah Nordin telah bersuara apabila mendakwa kes seorang isteri dipukul hingga keguguran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd