Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pelajar Lelaki Tingkatan Empat Didakwa Perkosa Rakan Perempuan Dalam Kelas Di Sekolah

Seorang pelajar Tingkatan Empat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Seremban hari ini atas pertuduhan merogol rakan sekolahnya yang berumur 14 tahun di dalam kelas, Mei lalu.

Pelajar lelaki Tingkatan Empat didakwa perkosa

Menurut laporan BH Online, tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Saiful Sayoti selain prosiding dijalankan secara tertutup memandangkan tertuduh masih bawah umur.

Pelajar lelaki Tingkatan Empat

Foto: BH Online

Berdasarkan kertas pertuduhan, remaja lelaki berusia 16 tahun itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah sekolah menengah di Ampangan, sekitar jam 7.20 pagi, 2 Mei lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Artikel lain: Bapa Mengaku Salah Amang Seksual, Perkosa Empat Anak Tiri

Advertisement. Scroll to continue reading.
Pelajar lelaki Tingkatan Empat

Foto: Carian Google

Timbalan Pendakwa Raya, P. Rubini, mencadangkan ikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan. Namun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jumlah lebih rendah kerana jaminan akan ditanggung oleh bapanya, seorang pesara tentera.

Mahkamah akhirnya membenarkan jaminan RM4,000 dengan syarat tertuduh tidak mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 5 November depan.

Sumber: BH Online (Ahmad Hasbi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Sosial

Usahawan wanita, Farhana Zahra memaklumkan dia telah hadir memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) berhubung video tular memaparkan majlis sambutan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd