Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pelajar Tingkatan 3 ‘Joli’ Duit Tabung Haji Ibu Di Genting Highland

Seorang pelajar tingkatan 3 joli duit Tabung Haji milik ibunya selepas menipu mengatakan dirinya telah ditahan pihak polis dan memerlukan RM25,000 bagi melepaskan diri.

Bersekongkol dengan dua rakan

Dia yang bersekongkol dengan dua lagi rakannya difahamkan sudah lama tidak pulang ke rumah iaitu sejak 27 November tahun lalu.

Pelajar tingkatan 3 joli duit tabung haji ibu termasuklah berhibur di Genting

Memetik laporan dari Harian Metro, wang tabungan yang disimpan ibunya di Tabung Haji itu telah dihabiskan untuk berhibur termasuklah bersuka ria di  Genting Highland bersama rakan-rakannya.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, pihaknya menerima laporan dibuat wanita terbabit yang juga pembantu klinik berusia 58 tahun pada 2 Disember lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi laporan yang dibuat, anak tunggalnya yang berusia 15 tahun itu sudah tidak ada di rumah mereka di Masjid Tanah sejak 27 November lalu.

Selepas beberapa hari menunggu dan anaknya masih tidak pulang ke rumah, wanita itu kemudiannya pergi berjumpa dengan rakan sekolah anaknya.
“Remaja 17 tahun itu memberitahu anak pengadu sedang ditahan polis dan perlu membayar sejumlah wang untuk membebaskannya,” katanya.

Pelajar tingkatan 3 joli duit tabung haji, ibu buat laporan polis

Disebabkan bimbang dengan keselamatan anaknya, wanita berkenaan telah pergi ke cawangan Tabubg Haji di Masjid Tanah dan mengeluarkan RM25,000 sebelum diserahkan kepada rakan remaja terbabit.

Wanita itu kemudiannya membuat semakan pada 1 Disember lalu di Balai Polis Seremban melalui adik iparnya dan terkejut mendapati tiada sebarang tangkapan dibuat atas nama anaknya.
“Ketika itulah mangsa tersedar dan mengesyaki ditipu sebelum membuat laporan,” katanya.

Artikel lain: Bawa 10kg Ganja, Pelajar Tingkatan 4 & Rakan Ditahan Polis -“Dua2 Positif”

Susulan daripada siasatan lanjut, polis telah menahan tiga individu termasuklah pelajar berusia 15 tahun itu  yang dipercayai bersubahat dengan dua lelaki yang menyamar polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ketiga-tiga suspek akan dituduh esok di Mahkamah Majistret Alor Gajah mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama,” katanya.

Sumber: Harian Metro (Meor Riduwan Meor Ahmad)

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd