Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Pelajar Lepasan SPM Ada Peluang Luas Dalam Bidang TVET – Ahmad Zahid

Pelajar lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) ada peluang luas dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) yang sejajar dengan minat dan kecenderungan masing-masing.

Pelajar lepasan SPM ada peluang luas dalam bidang TVET

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kata di Malaysia, terdapat 1,398 institusi TVET, merangkumi 673 institusi TVET awam, 697 institusi TVET swasta dan 28 institusi TVET di bawah kerajaan negeri.

“Ekosistem TVET yang dinamik dan luas ini menawarkan pelbagai bidang kemahiran yang relevan dengan keperluan industri dan pasaran kerja semasa,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sebelum itu, beliau yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara mengucapkan tahniah kepada 402,956 calon berdaftar telah menamatkan peperiksaan SPM atas usaha dan kesungguhan mereka sepanjang tempoh peperiksaan.

lepasan SPM

Foto: BERNAMA

“Tamatnya SPM bukanlah penamat – ia adalah permulaan kepada satu fasa baharu dalam kehidupan. Kini, tibalah masanya untuk para pelajar menentukan hala tuju masa depan, sama ada dalam pendidikan tinggi atau bidang kerjaya,” ujarnya.

Ahmad Zahid menjelaskan, peluang menyambung pengajian dalam TVET terbuka sepanjang tahun dengan pelbagai pilihan fleksibel melalui Sistem UP_TVET.

“UP_TVET Flexi, yang dibuka sejak Januari 2025, membolehkan individu mengikuti latihan kemahiran secara modular dan anjal, mengikut kesesuaian jadual masing-masing.
“UP_TVET Perdana bagi Kursus Sepenuh Masa Ambilan Julai 2025 pula akan dibuka untuk permohonan pada April 2025,” jelasnya.

Sementara itu, beliau berkata Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) turut menyediakan pelbagai program TVET yang menepati keperluan industri negara sebagai peneraju utama dalam pembangunan tenaga mahir luar bandar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Asyraf Wajdi Minta Wajibkan Pelajar TVET GiatMARA Jalani Ujian Khas Baca Al-Fatihah

Foto: BERNAMA

“Sebanyak 280 institusi di bawah KKDW, termasuk MARA, KEMAS, JAKOA, PERDA, KEDA, RISDA dan KETENGAH, menawarkan 529 program dari peringkat Sijil Kemahiran hingga Ijazah Kedoktoran, meliputi 15 kluster bidang kritikal untuk pasaran kerja semasa,” kata Ahmad Zahid.

Tambahnya lagi, kerangka Sistem Pendidikan TVET KKDW telah melahirkan ramai tenaga mahir, profesional, teknologis dan usahawan yang berjaya.

“Kadar kebolehpasaran graduan TVET KKDW mencapai 98 peratus pada tahun 2024, membuktikan bahawa TVET bukan sahaja menyediakan peluang pekerjaan yang luas, tetapi juga mampu membentuk masa depan yang lebih cerah.
Kerajaan komited dalam memastikan akses pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti kepada semua lapisan masyarakat. Oleh itu, saya menyeru para pelajar dan ibu bapa agar merebut peluang ini untuk membina kerjaya yang mampan dan berdaya saing,” ujarnya.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Sukan

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah menyifatkan Muhammad Hakim Danish Ramli sebagai antara prospek terbaik sukan permotoran negara ketika ini kerana memiliki kemampuan untuk bersaing...

Sukan

Penyerang import berbisa, Heberty Fernandes sah menamatkan perkhidmatannya bersama juara Liga Super 12 kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT), selepas hampir tiga musim menyarung...

Nasional

Warganegara Malaysia bakal menikmati pasport dengan tempoh sah laku sehingga 10 tahun pada kadar bayaran RM350 yang dijangka dilaksanakan tahun ini. Ketua Pengarah Imigresen,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd