Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Asyraf Wajdi Minta Wajibkan Pelajar TVET GiatMARA Jalani Ujian Khas Baca Al-Fatihah

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki minta wajibkan kepada pelajar TVET GiatMARA jalani ujian khas bacaan Al-Quran Fatihah dan fardu ain.

Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau berkata jika pelajar didapati gagal ujian khas itu, MARA akan membuat program khas intervensi pengukuhan fardu ain.

Asyraf Wajdi minta pelajar TVET GiatMARA jalani ujian khas

Pelajar TVET GiatMARA Jalani Ujian Khas

Foto: Utusan Malaysia

“Mungkin ada pihak memandang remeh, tapi daripad pengalaman pegawai-pegawai GiatMARA, ada pelajar yang tunggang-langgang bacaan al-Fatihah mereka.
“Jika al-Fatihah pun bermasalah, macam mana ibadah asas solat nak disempurnakan? Ini belum lagi aspek-aspek fardu ain dan bacaan al-Quran yang lain,” katanya.

Artikel lain: Tegaskan Hutang Wajib Dibayar, Asyraf Wajdi Tiada Hak Lupuskan Hutang MARA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara mesti diintegrasikan dengan elemen pembinan jati diri dan kerohanian dan bukan sekadar melahirkan pekerja mahir.

“Agenda TVET Negara mesti diintegrasikan dengan elemen pembinaan jatidiri dan kerohanian. Kita tidak mahu sekadar melahirkan pekerja mahir tetapi pekerja yang punya jati diri, akal budi dan sahsiah terpuji.
“Elemen keagamaan yang menjadi teras utama pembentukan jati diri ini juga mesti perkasakan,” katanya.

Perkasa elemen keagamaan, Asyraf wajdi mahu pelajar TVET GiatMARA jalani ujian khas

Foto: Carian Google

Katanya, ia menjadi tugas MARA untuk menjadi perintis dan peneraju program TVET berimpak tinggi yang menekankan aspek pembinaan insaniah yang holistik dari segi rohani, jasmani, intelek daan emosi.

“Sebab itulah, dalam memastikan agenda Kerajaan dan aspirasi Pengerusi Majlis TVET Negara untuk memartabatkan agenda TVET ini, MARA wajib ambil tanggungjawab.
“Jadi perintis dan peneraju program TVET berimpak tinggi dan pada masa sama menekankan aspek pembinaan insaniah yang holistik dari segi rohani, jasmani, intelek dan emosi.
“Ini kerana MARA adalah intitusi terbesar dalam penyediaan program TVET dengan jumlah institusi sebanyak 270 IPMA yang menawarkan pelbagai kursus TVET termasuk 232 GiatMARA seluruh Malaysia,” ujarnya.

Sumber: Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd