Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bapa Mengaku Salah Amang Seksual, Perkosa Empat Anak Tiri

Seorang buruh binaan berusia 57 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di Alor Setar, pada Khamis, atas 13 pertuduhan membabitkan amang seksual dan rogol terhadap empat anak tirinya yang masih bawah umur.

Anak tiri bawah umur

Menurut laporan Sinar Harian, pengakuan itu dibuat tertuduh selepas kesemua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini.

anak tiri

Foto: Sinar Harian

Mengikut fakta kes, perbuatan berkenaan berlaku secara berulang di dua lokasi iaitu di Taman Seri Indah dan Kampung Suka Menanti, antara Disember 2023 hingga Ogos lalu.

Artikel lain: Datuk Dipenjara 36 Tahun, 24 Sebatan Perkosa Cucu Hingga Lahirkan Bayi

Mangsa terdiri daripada kanak-kanak berusia antara enam hingga 11 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tertuduh berdepan enam pertuduhan melakukan serangan seksual fizikal di bawah Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

anak tiri

Foto: Sinar Harian

Selain itu, enam lagi pertuduhan melibatkan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan.

Bagi satu lagi pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol anak tirinya yang berusia 11 tahun pada Mei lalu.

Kesalahan tersebut didakwa mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan.

anak tiri

Timbalan Pendakwa Raya, Nurfatin Mastura Asri, memohon mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mahkamah kemudian menetapkan 11 September depan sebagai tarikh mendengar fakta kes sebelum hukuman dijatuhkan terhadap tertuduh.

Sumber: Sinar Harian (Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Permulaan tahun 2026 dilihat kurang baik bagi usahawan terkenal, Ojen Aiwah apabila sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap jurulatih kecergasan, Tareq Fit susulan kenyataan yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Tareq Fit, tampil mempertahankan dirinya selepas timbul dakwaan bahawa kenyataan serta kandungan dimuat naik olehnya menjejaskan nama baik sebuah perniagaan milik...

Lokal

Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak di sini menyaksikan hanya seorang murid mendaftar bagi sesi Tahun 1 tahun 2026 semalam. Raissyah Aafiyah Rahmat, 7, memulakan...

Sosial

Isteri kepada pemilik sebuah stesen minyak di Kota Bharu, Kelantan meluahkan rasa pilu apabila terpaksa menutup operasi premis berkenaan susulan pemergian suaminya pada 7...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd