Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Peguam Beri Tiga Sebab, Bantah Tindakan Polis Cuba Rekod Pengakuan Ibu Zayn

Kedua-dua peguam yang mewakili ibu Zayn Rayyan bantah permohonan polis untuk rekod pengakuan anak guam mereka di Mahkamah Majistret 2 di Petaling Jaya pada Rabu.

Memetik laporan Astro Awani, peguam tersebut iaitu Mahmud Abdul Jumaat dan Fahmi Abdul Moin berkata mereka melakukan bantahan ini atas tiga sebab.

Peguam bantah polis cuba rekod pengakuan ibu Zayn

Peguam Bantah Polis Rekod Ibu Zayn

Foto: Utusan

Menurutnya, pihak pegawai penyiasat tidak memberikan sebarang notis mengenai prosiding yang dilakukan secara tertutup itu kepada mereka selaku peguam ibu Zayn Rayyan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Jadi bantahan pertama yang direkodkan (di hadapan majistret), mahkamah sedia maklum bahawa kami (peguam) tidak dimaklumkan. Dan juga atas sebab tidak ada apa apa peruntukan khusus.
“Kami tegaskan ia adalah prejudis sama ada terhadap Isma (ibu) atau Zaim (bapa).
“Ketiganya, yang menjadi asas bantahan kami juga, bahawa permohonan ini boleh menjejaskan apa-apa defense (hujah pembelaan) sekiranya dituduh, itu pun kalau dituduh,” kata Fahmi.

Sebelum ini, difahamkan ibu Zayn Rayyan selaku salah seorang orang yang disyaki (OYDS) dalam kes kematian kanak-kanak itu akan dibawa ke mahkamah majistret untuk direkodkan pengakuannya.

Namun begitu, menurut Mahmud, anak guam mereka bersetuju untuk hadir ke mahkamah majistret kerana mahu membetulkan pengakuan yang telah dibuat sewaktu dalam tahanan reman baru-baru ini.

Artikel lain: Nafi Dilantik NGO, Mahmud Jumaat Masih Peguam Kepada Ibu Zayn Rayyan

Jelasnya, ketika tiba di luar kamar, pegawai penyiasat berkata pengakuan akan dilakukan mengikut Seksyen 26 Kanun Tatacara Jenayah yang mana seksyen ini menyatakan pengakuan tertuduh semasa jagaan polis tidak boleh dibuktikan bagi menentangnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Peguam Bantah Polis Rekod Ibu Zayn

Foto: Kosmo Digital

Ia dinyatakan di bawah Peruntukan 26 (1) – Tertakluk kepada apa-apa peruntukan nyata yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, tiada pengakuan salah yang dibuat oleh mana-mana orang semasa dia berada dalam jagaan seseorang pegawai polis boleh dibuktikan bagi menentang orang itu melainkan jika pengakuan salah itu dibuat di hadapan seorang Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret.

Dalam pada itu, Fahmi turut berkata permohonan bantahan mereka telah direkodkan dan akan menggunakannya sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan.

Selain itu, kedua-dua peguam juga akan menunggu hari terakhir reman iaitu esok untuk mengetahui jika kertas siasatan telah lengkap dan Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk mewujudkan pendakwaan atau membebaskan ibu bapa Zayn Rayyan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, pasangan suami isteri itu dibawa di kediaman serta lokasi mayat kanak-kanak itu ditemukan sebagai sebahagian daripada proses melengkapkan siasatan kes.

Sumber: Astro Awani (Firdaus Azil)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis dan pembuat kandungan sains, Zamir Mohyedin, menjadi tular selepas perkongsian ilmiahnya mengenai lukisan gua berusia kira-kira 67,800 tahun di Indonesia disalah tafsir segelintir...

Nasional

Persoalan sama ada waris individu Islam yang meninggal dunia perlu melunaskan tunggakan cukai pendapatan akhirnya terjawab. JawatanKuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama...

Sosial

Keikhlasan seorang jururawat menyuapkan makanan kepada pesakit warga emas berbangsa India yang tular di media sosial baru-baru ini membuktikan bahawa ihsan dan kemanusiaan mengatasi...

Lokal

Warganegara Malaysia yang kerap ulang alik Singapura melebihi lapan kali sebulan ditafsirkan sebagai bekerja di luar negara dan tidak layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd