Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Nafi Dilantik NGO, Mahmud Jumaat Masih Peguam Kepada Ibu Zayn Rayyan

Peguam Mahmud Abdul Jumaat menafikan dirinya dilantik menerusi inisiatif pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekali gus menegaskan beliau masih peguam kepada ibu kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Mahmud menjelaskan bahawa perkara berkenaan merupakan pertimbangannya selepas bertemu dengan keluarga ibu dan bapa Zayn yang ditahan reman.

Foto: Scoop

Dalam pada itu, beliau menyatakan beliau sama seperti rakyat Malaysia lain yang memiliki belas ihsan sekali gus ingin menuntut keadilan terhadap arwah Zayn dengan membantu ibu bapa mangsa memandangkan mereka menghadapi dugaan besar apabila menjadi orang yang disyaki (OYDS).

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kerana itulah saya agak hairan berkenaan dengan point pertama kenyataan media yang dibuat oleh Datuk arwah tempoh hari tentang tiada pelantikan peguam secara rasmi oleh keluarga ke atas saya.
“Perlu ke sampai nak buat kenyataan media? Seolah-olah sengaja melakukan provokasi terhadap saya,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sementara itu, Mahmud turut menegaskan bahawa pelantikannya sebagai peguam kepada OYDS bukan inisiatif NGO memandangkan beliau telah dihubungi oleh keluarga tersebut berhubung penahanan ibu bapa arwah (Isma dan Zaim) pada 31 Mei lalu.

“Saya ingin tekankan bahawa ini bukan inisiatif NGO tetapi inisiatif keluarga bapa Zayn Rayyan sendiri. Entah dari mana cerita bahawa saya ni dari NGO?
“Masa bila saya nak dapatkan sign surat perlantikan rasmi?,” ujarnya.

Jelasnya, beliau tidak terfikir perkara tersebut akan dibangkitkan semula oleh keluarga bapa Zayn sedangkan tiada kewajipan untuk surat pelantikan peguam rasmi bagi kes jenayah asalkan ia mendapat persetujuan daripada pihak OYDS itu sendiri.

Ujarnya, sebelum masuk ke mahkamah, beliau telah mengesahkan dengan ibu bapa mangsa untuk menjalankan amanah tersebut bagi bantahan reman.

Foto: Metro TV

“Tidak perlu dibincangkan lagi bahawa saya memang ada di Mahkamah pada hari tersebut, hanya kami peguam yang dipanggil oleh keluarga mereka. Kalau tak lantik kami, kami dipanggil untuk jadi apa?
“Pada hari Ahad, pihak keluarga iaitu datuk Zayn Rayyan pula mahu berjumpa saya kerana beliau tidak berada di mahkamah ketika reman. Jadi saya dengan ikhlas mengajak mereka untuk berjumpa dan berbincang dengan saya di pejabat saya pada hari Isnin walaupun 3/6/2024 merupakan hari cuti umum. Berkorban masa demi nak memudahkan urusan mereka.
“Selepas perjumpaan tersebut keesokannya saya telah membuat keputusan untuk tidak mewakili mereka lagi atas sebab-sebab tertentu, seperti kenyataan saya apabila dihubungi oleh rakan media. Saya ikhlas membantu mereka.
“Tiba-tiba saya menerima berita bahawa saya tidak pernah dilantik untuk menjadi peguam ibu bapa Zayn Rayyan. Bagi saya ini adalah fitnah! Saya datang Mahkamah tempoh hari tersebut untuk apa? Kenapa hubungi saya malam itu untuk datang ke Mahkamah? Mereka datang ke pejabat saya tempoh hari untuk apa?,” jelasnya lagi.

Bukan itu sahaja, Mahmud berkata, keluarga Zaim terutama ibunya sentiasa menghubungi beliau sepanjang tempoh itu bagi mendapatkan nasihan dan pendapat peguam.

 

Namun begitu, beliau memaklumkan bahawa datuk Zayn telah menghubungi menerusi aplikasi Whatsapp sekali gus memohon maaf berhubung isu ini, pada Ahad.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Untuk pengetahuan semua, saya masih mewakili ibu arwah Zayn Rayyan. Kami telah hadir ke Mahkamah tempoh hari mewakili Isma (ibu Zayn Rayyan). Ini adalah atas pertimbangan saya untuk mewakili ibu Zayn Rayyan selepas berjumpa dengan keluarga mereka.
“Apapun saya ucapkan terima kasih kepada keluarga Isma atas pencerahan yang dibuat dengan mengesahkan bahawa kami sememangnya membantu keluarga mereka dari awal kes.
“Saya rasa cukuplah kita berbincang tentang isu perlantikan peguam ini. Saya harap kita semua boleh terus berdoa agar arwah Zayn Rayyan mendapat keadilan,” tambahnya.

Sumber: Facebook Mahmud Jumaat

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bakal menyertai Kumpulan BRICS (sebuah kesatuan ekonomi yang terdiri daripada negara-negara Brazil, Rusia, India, China, dan Afrika...

Spotlight

Rosé Blackpink telah menandatangani kontrak pengurusan dengan anak syarikat YG Entertaiment, The Black Label dan kini sedang dalam proses mempersiapkan muzik baharu untuk dipersembahkan...

Lokal

Polis sedang memburu empat lelaki bertopeng yang terlibat kes samun menggunakan senjata api di sebuah kedai emas dalam bangunan pusat beli belah di Metro...

Lokal

Seorang wanita hamil enam bulan dikenakan hukuman penjara selama sebulan serta denda RM25,000 atas dakwaan terlibat dengan aktiviti persundalan menggunakan nama Miza Ozawa di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd