Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

KP JUPEM Mengaku Tidak Bersalah Guna Kedudukan Untuk Rasuah Lebih RM130,000

Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Datuk Hasni Hassan, 57, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu terhadap dua pertuduhan menyalahgunakan kedudukan bagi mendapatkan suapan berjumlah RM136,115.16 pada tahun 2024 dan tahun sebelumnya.

Menurut laporan Astro Awani, pengakuan itu dibuat selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Husain, dengan tertuduh menyatakan “Faham, tidak mengaku bersalah.”

Foto: Bernama

Berdasarkan pertuduhan pertama, beliau didakwa ketika memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT) telah menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan melibatkan dana LJT berjumlah RM30,201.16 bagi kepentingan peribadi.

Kesalahan itu didakwa berlaku apabila beliau mengambil bahagian dalam mesyuarat lembaga yang membincangkan penyertaannya ke Persidangan ke-14 United Nations Committee of Experts on Global Geospatial Information Management (UN-GGIM) di New York, Amerika Syarikat dari 4 hingga 9 Ogos 2024.

Perbuatan tersebut dikatakan berlaku di Wisma LJT, Lorong Perak, Pusat Bandar Melawati pada 3 Ogos 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama pada 31 Disember 2024 di sebuah hotel di ibu negara, dengan memperoleh suapan berjumlah RM105,914 daripada dana LJT.

Foto: Bernama

Ia berkaitan penyertaannya dalam mesyuarat dan program rangka kerja geospatial antarabangsa yang berlangsung di Madinah dan Jeddah, Arab Saudi dari 29 Januari hingga 4 Februari 2025.

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694], yang membawa hukuman di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda sekurang-kurangnya lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana-mana yang lebih tinggi.

Sebelum ini, pada 17 April, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki memaklumkan bahawa seorang ketua pengarah dan pegawai kanan JUPEM sedang disiasat berhubung penyelewengan dana berjumlah RM900,000.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, pada 11 Februari, SPRM turut menahan dua pegawai kanan sebuah agensi kerajaan termasuk seorang ketua pengarah kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan dana tersebut untuk kepentingan peribadi.

Sumber: Astro Awani (Umavathi Ramayah)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Bangunan seakan ‘flat’ dan perkampungan warga asing di Sungai Tekali yang tular di media sosial serta dikaitkan dengan komuniti Rohingya akan dirobohkan mengikut tindakan...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd