Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bebas Rasuah! Tiada Kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan Diheret SPRM

Kerajaan negeri Kelantan menegaskan bahawa setakat ini tiada mana-mana kakitangannya yang dibawa ke mahkamah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk didakwa atas kes rasuah.

Menurut laporan Kosmo! Online, Timbalan Menteri Besar, Mohamed Fadzli Hassan berkata, setiap siasatan yang dijalankan oleh SPRM tidak semestinya menunjukkan berlakunya kesalahan, sebaliknya ia adalah prosedur biasa selepas sesuatu laporan diterima.

Beliau menegaskan bahawa perkara ini perlu difahami dengan jelas supaya tidak timbul salah tanggapan atau persepsi negatif, memandangkan semua laporan yang diterima telah melalui proses undang-undang yang sepatutnya.

“Apabila ada laporan dibuat, sudah tentu SPRM akan menjalankan siasatan. Namun, siasatan itu sendiri tidak bermaksud wujudnya kesalahan.
“Tidak semua siasatan akan berakhir dengan pendakwaan kerana ia bergantung kepada sama ada kesalahan dapat dibuktikan atau tidak,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Mohd. Syahbuddin Hashim dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim pada Selasa.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Fadzli turut menjelaskan bahawa syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) mempunyai peraturan dan enakmen tersendiri dalam menentukan pelantikan ke jawatan penting.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut beliau, pelantikan tidak dibuat secara sembarangan kerana ia biasanya melibatkan Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar, ahli Exco berkaitan, Setiausaha Kerajaan Negeri serta Pegawai Undang-Undang Negeri.

Selain itu, ketua jabatan turut terlibat dalam proses tersebut dan individu yang dilantik lazimnya terdiri daripada golongan profesional serta ahli politik yang memenuhi kriteria ditetapkan.

“Ketua-ketua jabatan terlibat dan kebiasaannya dalam kalangan ahli profesional dan ahli politik turut dilantik. Memang ada ketetapan begitu dan bukan dibuat secara sembarangan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, calon dalam kalangan profesional akan dinilai berdasarkan latar belakang seperti kurikulum vitae, kemahiran, pengalaman serta prestasi kerja yang dipantau dari semasa ke semasa.

Sumber: Kosmo! Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Bangunan seakan ‘flat’ dan perkampungan warga asing di Sungai Tekali yang tular di media sosial serta dikaitkan dengan komuniti Rohingya akan dirobohkan mengikut tindakan...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd