Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Panasonic Mula Operasi Bangunan Baharu, PAPARADMY Di Malaysia

Panasonic Corporation mula operasi bangunan baharu yang dibina di Panasonic Appliances Air-Conditioning R&D Malaysia Sdn Bhd (PAPARADMY) di Malaysia.

Memetik laporan Berita Harian, bangunan baharu itu akan dilengkapi dengan kemudahan terkini termasuk makmal serba guna yang pertama.

Foto: Berita Harian

Makmal serba guna tersebut akan digunakan untuk menguji pemanas air dan peralatan penyaman udara secara serentak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia direka untuk untuk menyingkatkan masa pembuatan peralatan dan penyaman udara untuk pasaran global terutama di ASEAN dan Eropah.

Dalam pada itu, ia juga membolehkannya untuk mempercepatkan pembangunan dalam memenuhi keperluan tempatan.

Artikel lain: Tular Video Pukul Anggota JPJ, Lelaki Dipenjara Sehari & Didenda RM4,000

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob memuji keputusan Panasonic untuk menubuhkan bangunan R&D baru mereka di Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Panasonic telah berdiri sebagai contoh cemerlang transformasi dan pertumbuhan korporat, mengemudi dengan cekap landskap dinamik teknologi pembuatan.
“Mengendalikan sembilan fasiliti perkilangan 12 entiti yang terbabit dalam R&D, jualan dan pengurusan. Pendekatan komprehensif Panasonic berjaya memupuk pertumbuhan ekonomi merentas pelbagai sektor serta menjana sekitar 17,000 peluan pekerjaan,” katanya.

Tambah Sulaiman, pusat R&D di Malaysia ini bersedia untuk dinaik taraf dari peranan sokongan kepada peranan kepimpinan global.

Panasonic mula operasi bangunan baharu

Foto: Berita Harian

Selain itu, ia juga akan menerajui pusat R&D untuk produk baharu serta teknologi baharu untuk perniagaan global Panasonic.

Jelas Sulaiman lagi, transformasi ini adalah bukti komitmen Panasonic terhadap inovasi dan pembangunan dalam negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dengan sokogan daripada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan MIDA, pencapaian Kumpulan Panasonic di Malaysia dapat dicapai melalui pakatan strategik yang bertujuan untuk transformasi industri elektrik dan elektronik (E&E) Malaysia dan menyumbang kepada kemajuan teknologi,” ujarnya.

Pasaran global untuk produk penghawa dingin yang menggunakan teknologi pam haba, A2W serta sistem hidronik yang menjimatkan tenaga untuk kegunaan komersial sedang berkembang.

Oleh kerana itu, Panasonic mengambil respon terhadap perkembangan itu dengan meningkatkan keupayaan penyelidikan dan pembangunannnya melalui operasi bangunan R&D yang baharu.

Bangunan baharu itu terletak di sebelah bangunan PAPARADMY dan mempunyai keluasan keseluruhan 10,900 meter persegi.

Sumber: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Lokal

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan untuk mengurangkan tempoh pemenjaraan seorang bekas pekerja IT kepada 12 tahun berhubung insiden samseng jalan raya yang meragut nyawa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd