Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Pakai Longgar & Berhijab Ke Masjid, Jennie Blackpink Raih Pujian Peminat

Penyanyi terkenal Korea Selatan, Jennie Blackpink berjaya meraih perhatian peminat di seluruh dunia selepas video dia berpakaian longgar dan memakai tudung tular di media sosial ketika melawat Masjid Besar Sheikh Zayed , Abu Dhabi.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna @honorslisa yang dipercayai akaun peminat kumpulan berpengaruh itu kelihatan Jennie sedang memakai hijab berwarna hitam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, penyanyi yang berusia 27 tahun tersebut turut memakai seluar panjang dan baju berlengan panjang longgar bagi menghormati ketika melawat kawasan masjid.

Jennie raih pujian ramai!

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh Jennie meskipun dia bukan beragama islam.

Cantiknya dia

Dalam pada itu, peminat juga memuji kecantikan yang dimiliki Jennie dan berharap agar segala urusan dia dan ahli kumpulan yang lain di negara tersebut sentiasa dipermudahkan.

Sekadar info, Blackpink kini sedang sibuk dengan konsert jelajah dunia, Blackpink Born Pink World Tour di Asia dan bakal menemui peminat di Malaysia pada 4 Mac bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Twitter @honorslisa

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pertemuan dua gadis sebaya, Putri Qisya dan Keisya, menarik perhatian netizen apabila wajah mereka kelihatan sangat seiras hingga ramai menyamakannya seperti pasangan kembar. Momen...

Sosial

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed menyambut hari ulang tahun kelahiran kali ke-33 penuh meriah dengan memotong sebiji kek bertatahkan emas 916 berjumlah...

Dunia

Hasrat seorang anak untuk membawa ibunya bercuti berakhir dengan tragedi memilukan apabila wanita itu maut selepas dilanggar anak kandungnya sendiri di tepi jalan, ketika...

Sosial

Dua individu yang juga pengasas eHati International Sdn Bhd, Diyana Tahir dan Rahim Shukor, telah ditahan pihak polis selepas selesai memberi kenyataan di Ibu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd