Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Padah Dera Dan Abai Anak Kandung, Ibu & Rakan Serumah Dihukum Penjara 14 tahun

Seorang ibu tunggal dan rakan serumahnya dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun atas dua pertuduhan menganiaya (dera) dan mengabaikan anak kandungnya pada Ogos lalu.

Ibu & rakan serumah dera anak

Menurut laporan Harian Metro, Hakim VM Mabel Sheela menjatuhkan hukuman tersebut selepas ditangguhkan pada 10 Oktober lalu kerana beliau cuti sakit.

Mabel Sheela turut sebak ketika membayangkan penderitaan anak berusia tujuh tahun itu menjadi mangsa dera ibu dan rakan serumah, Awiin Chua, 30, dalam tempoh sebulan.

“Pertalian ibu dan anak adalah sangat istimewa. Kalau awak (merujuk kepada ibu mangsa berusia 27 tahun) tanya anak, adakah dia mahu mengikut awak? Pasti dia akan mahu ikut, walaupun tahu akan merasa sakit.
“Mahkamah tidak boleh membayangkan keadaan mangsa jika keadaan berlarutan lebih lama dan tidak dibantu orang awam, pastinya mangsa akan meninggal dunia,”ujarnya dalam keadaan sebak.

Artikel lain: Nekad Lari Rumah, Budak 6 Tahun ‘Mangsa Dera’ Mungkin Cacat Fizikal -“Kakinya Bengkok”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Diyana Zubir manakala kedua tertuduh diwakili peguam, Nurhazneena Zureen Jaesleen Mohamad Hanafiah

Lebih 20 kecederaan fizikal dikesan

Nur Diyana dalan hujahnya berkata, terdapat lebih 20 kesan kecederaan fizikal terhadap tubuh mangsa berdasarkan hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pakar perubatan.

“Kekerapan setiap hari sejak 1 Julai hingga 9 Ogos berdasarkan pengesahan luka lama dan baru serta parut tubuh badan mangsa dalam laporan perubatan.
“Mangsa bukan saja dipukul tetapi turut diabaikan dengan meninggalkan mangsa keseorangan, dikunci di rumah tanpa makanan serta tidak menghalang atau menyelamatkan mangsa apabila dipukul,” katanya.

Selepas mengambil kira penghujahan pendakwaan, Mabel Sheela menetapkan tertuduh dipenjara tujuh tahun bagi pertuduhan pertama dan kedua.

Mahkamah seterusnya memerintahkan kedua tertuduh menjalani hukuman penjara serentak bagi dua pertuduhan bermula dari tarikh tangkapan 12 Ogos lalu.

Mengikut kertas pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh didakwa mencapai niat bersama menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang di bawah pemeliharaan mereka sehingga menyebabkan mangsa menghadapi kecederaan fizikal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pertuduhan kedua pula, mereka didakwa mencapai niat bersama mengabaikan kanak-kanak itu yang juga anak kedua ketika mangsa berada di bawah pemeliharaan mereka.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah dekat Jalan Wau Kikik 7, Bandar Layangkasa, Pasir Gudang di sini, antara 1 Julai hingga 9 Ogos lalu.

Pendakwaan kedua-dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

ibu dera anakPada 16 Ogos lalu, ibu tunggal dan rakannya mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Fatimah Zahari.

Bagaimanapun, pada 27 September lalu, kedua-dua mereka menukar pengakuan kepada bersalah, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan semula oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Mabel Sheela.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, tular sebuah video mengenai seorang kanak-kanak lelaki dipercayai menjadi mangsa dera kepada dua wanita yang sama salah seorang daripadanya adalah ibu kandung sendiri

. Nasib malang kanak-kanak itu terbongkar selepas jiran menyerbu rumah diduduki dua beranak itu bersama kenalan ibu mangsa.

Artikel berkaitan: Menangis tak henti di mahkamah, ibu kandung & ‘tomboi’ mengaku tak salah dera kanak2

Sumber: Harian Metro (Omar Ahmad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Lokal

Pelarian Rohingya di Malaysia perlu diberikan akses pekerjaan dan pendidikan secara sah menerusi sistem lebih tersusun bagi mengurangkan kebergantungan kepada bantuan serta mengelakkan mereka...

Sukan

Petarung Muay Thai negara, Rifdean Masdor membuktikan bahawa kemenangan terbesar bukan sekadar menewaskan lawan di gelanggang, sebaliknya mengatasi cabaran dalam dirinya sendiri. Atlet berusia...

Nasional

Seramai 4,300 usahawan di negeri ini menerima manfaat pembiayaan hampir RM100 juta yang diluluskan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi membantu mengembangkan perniagaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd