Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Suspek Lelaki Ditahan Susulan Penemuan Beg Merah Berisi Mayat Janda Dengan Anggota Badan Tak Sempurna

Misteri penemuan beg merah berisi mayat seorang wanita berstatus janda di Ngawi, Indonesia, Khamis lalu akhirnya terbongkar apabila suspek lelaki yang bekerja sebagai jurujual kereta ditahan polis pada Ahad.

Memetik laporan Tribun Bengkulu, penemuan beg merah itu berisi mayat seorang wanita tanpa kepala dan kaki oleh seorang penduduk dikenali sebagai Yusuf, 40, warga Desa Macanan.

Beg merah berisi mayat janda tanpa kepala dan kaki

Beg merah berisi mayat

Foto: Detikcom

“Pada mulanya saya berasa curiga. Alangkah terkejutnya saya selepas melihat mayat wanita dalam keadaan bogel dibungkus cadar.
“Saya terus melaporkan kejadian itu kepada ketua kampung,” katanya.

Siasatan awal pihak berkuasa berjaya mengenal pasti identiti mangsa berdasarkan ciri fizikal, aksesori dan cap jari sebagai Uswatun Khasanah, 29, berasal dari Keluarahan Bence, Kecamatan Garum, Kabupaten Blitar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beg merah berisi mayat

Foto: Pantau.com

“Kami masih menjejaki bahagian kepala dan kakinya serta memburu pelaku,” jelas jurucakap polis.

Bapa mangsa, Hendi Suprapto merayu agar pihak berkuasa segera memberkas suspek dan mengheretnya ke muka pengadilan.

“Saya sangat sedih kerana anak saya dibunuh kejam dan tubuhnya dikerat-kerat.
“Saya tidak tahu jika dia ada musuh atau tidak,” ujarnya sedih selepas  mengesahkan mayat.

Beg merah berisi mayat

Foto: Carian Google

Laporan autopsi mendapati kematian ibu tunggal dua anak itu akibat asfiksia (sukar bernafas kerana kekurangan oksigen) berkemungkinan dicekik atau lehernya dikelar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Media melaporkan tubuhnya dikerat-kerat kepada beberapa bahagian selain pelaku juga melakukan tindakan kekerasan ke atasnya berdasarkan kesan luka.

Kali terakhir Uswatun dilihat di rumahnya di Kecamatan Garum, Kabupaten Blitar adalah pada 17 Januari dan tidak dapat dihubungi sejak 20 Januari lalu.

Foto: Detikbali

Artikel lain: Mayat Wanita Tanpa Kepala Ditemui, Kenalan Rapat Ditahan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, menurut laporan Detik Jatim pula, difahamkan mangsa pernah berkahwin sebanyak tiga kali dimana bapanya tidak pernah berjumpa dengan suami yang ketiga yang dituduh sebagai suspek utama.

“Setahun ini, saya tidak pernah bertemu dengan suami kepada anak saya. Perayaan tahun lalu juga mereka tidak pulang ke rumah,” jelas bapa mangsa.

Pihak berkuasa, Joshua Peter Krisnawan juga memaklumkan bahawa lokasi pembuangan mayat mangsa bukan tempat pembunuhan berlaku.

“Kami juga ingin memastikan bahawa di Ngawi hanya lokasi pembuangan, bukan lokasi pembunuhan,” kata Joshua.

Sumber: Tribun Bengkulu, Detik Jatim

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka atas cubaan melakukan persetubuhan haram, Cikgu Fadilah tampil membuat laporan polis selepas mendapati video  dirinya tersebar...

Sosial

Majlis sambutan hari lahir seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mencuri perhatian ramai apabila ibunya yang juga seorang usahawan habiskan RM1 juta dengan menghadiahkan...

Lokal

Majlis yang sepatutnya penuh dengan kegembiraan bertukar pilu apabila 3 ahli keluarga pengantin lelaki maut dalam kemalangan sehari sebelum berlangsungnya perkahwinan. 3 ahli keluarga...

Lokal

Di saat orang ramai hanya mampu menjerit dari pesisir pantai, Wira TLDM, Leftenan Komander Mohd Firdaus Arbaain memilih untuk bertindak. Wira TLDM  terima pingat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd