Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Buat Laporan Palsu Diculik, Wanita Warga Singapura Dihadap Ke Mahkamah

Angkara membuat dakwaan palsu mengenai dirinya hendak diculik di sebuah pusat beli-belah KSL City Mall, Taman Abad, Johor Bahru baru-baru ini sehingga tular di media sosial, seorang wanita warga Singapura bakal berdepan pertuduhan di mahkamah hari ini. akibat dari perbuatannya.

Menurut laporan MalaysiaGazette, Ketua Polis Johor Datuk M Kumar berkata bahawa wanita berusia 45 tahun berkenaan dibawa dan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi ini.

Wanita warga Singapura terima padah buat tuduhan culik palsu

Wanita Warga Singapura

Foto: MalaysiaGazette

“Kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Johor dan menerima arahan pertuduhan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan iaitu memberi maklumat palsu dengan niat menyebabkan penjawat awam menggunakan kuasa yang sah di sisi undang-undang yang mendatangkan bencana kepada orang lain,” katanya hari ini.

Terdahulu, polis menerima laporan berkaitan kejadian cubaan culik wanita warga asing itu yang dikatakan berlaku kira-kira pukul 1 petang, pada 10 Januari lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Kumar lagi, wanita itu mendakwa didatangi seorang lelaki dan seorang wanita berbangsa Cina yang menjual teh kepadanya sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Wanita Warga Singapura

Foto: Berita Harian

“Dia mendakwa dipaksa oleh kedua-dua individu itu untuk menghidu teh yang dipromosikan menyebabkan dia merasa pening dan tidak sedarkan diri.
“Hasil siasatan polis mendapati insiden cubaan culik itu tidak berlaku kerana berdasarkan rakaman CCTV (kamera litar tertutup) serta bukti-bukti teknikal mengesahkan tiada sebarang pergerakan dia dikesan di lokasi kejadian,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Kumar menyatakan bahawa kejadian cubaan culik itu telah dikesan tular dalam beberapa platform media sosial dan mendapat maklum balas negatif daripada netizen yang mempercayai bahawa kejadian itu benar-benar berlaku.

“Pempengaruh media sosial turut mengulas dengan mengaitkan isu ini sebagai ancaman kepada keselamatan pelancong ke negeri Johor.
“Polis Johor memberi jaminan bahawa tahap keselamatan dan ketenteraman awam di negeri ini adalah terkawal dan kita komited memantau senario keselamatan negeri ini,” ujarnya lagi.

Wanita Warga Singapura

Foto: Tiktok @michaellew228

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Dilaporkan Hilang Di Sepanyol, Wanita Singapura Ditemui Maut Dibunuh

Tegas Kumar lagi, pihak polis ingin memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang dengan sengaja menyebarkan khabar angin atau memanipulasi fakta dengan tujuan menyebabkan kegusaran kepada awam terutama menyentuh isu keselamatan.

Beliau turut mengingatkan masyarakat supaya tidak mudah mempercayai sebarang maklumat yang diakses dalam media sosial tanpa menentukan kesahihannya terlebih dahulu.

Pada masa sama, beliau berharap agar orang ramai agar terus peka dan konsisten dalam menyalurkan maklumat mengenai aktiviti jenayah yang berlaku di lokasi masing-masing dengan sahih.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: MalaysiaGazette (Zulhisham Isahak), Tiktok @michaellew228

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Spotlight

Aktor Bollywood, Aamir Khan kembali bergelar suami selepas lima tahun menduda apabila sah berkahwin dengan ahli perniagaan dan perunding gaya, Gauri Spratt dalam satu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd