Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

O’Reilly Ulas Pasal Malaysia Lagi, Banding Pendapatan Per Kapita Isi Rumah Dengan AS

Pengulas politik Amerika Syarikat (AS), Bill O’Reilly sekali lagi mengulas mengenai Malaysia dengan membangkitkan isu pendapatan per kapita isi rumah di negara yang didakwa lebih rendah berbanding negaranya.

O’Reilly ulas Malaysia lagi

O'Reilly ulas Malaysia lagi

Menerusi perkongsian di YouTube miliknya, beliau menjelaskan statistik per kapita isi rumah Malaysia ialah AS$5,731 (RM25,061) setahun manakala AS mencatatkan jumlah yang jauh lebih besar sebanyak AS$42,220 (RM184,628).

“Angka itu menjadikan perbezaan lapan kali ganda.
“Malaysia marah pada saya, ini cerita tidak masuk akal,” kata O’Reilly baru-baru ini.

O'Reilly ulas Malaysia lagi

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan yang dibuat oleh pengulas terbabit setelah mendakwa negara di Asia Tenggara miskin tidak mempunyai wang serta menyifatkan ia sebagai satu pandangan yang tidak berasas.

Bukan itu sahaja, Anwar yang juga Menteri Kewangan membidas kenyataan itu dengan menganggap penganalisis itu begitu jahil mengenai realiti semasa Asia Tenggara dan mencerminkan pemikiran sempit yang dipengaruhi ideologi penjajah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

O'Reilly ulas Malaysia lagi

Artikel lain: Perlekeh Malaysia Tiada Duit, Netizen Berkampung Di IG Pengulas Politik AS

Dalam video tersebut, beliau juga seakan memerli semula Anwar dengan berasa bangga mengakui bahawa dirinya adalah seorang penjajah yang lebih berkuasa.

Untuk rekod, O’Reilly pernah mengeluarkan satu kenyataan bahawa Malaysia sebuah negara yang miskin semasa lawatan Presiden China, Xi Jinping ke negara pada 15 hingga 17 April lalu.

Sumber: YouTube Bill O’Reilly

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu di Johor Bahru, Johor. Sedondon tema matcha...

Dunia

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, melancarkan kempen ‘Thai Help Thai’ bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menurunkan harga lebih 3,000 barangan keperluan harian...

Dunia

Seorang guru Pendidikan Jasmani, Olahraga dan Kesihatan (PJOK) di Sekolah Menengah Pertama Negeri (SMPN) Kasiman mencuri tumpuan ramai selepas memilih untuk berlari sejauh empat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd