Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

“Hang Merapu Apa Ni?”-Netizen Tegur Faiz Soul, Dakwa Jual Produk Minuman Kesihatan Kelirukan Info

Netizen Tegur Faiz Soul

Kenyataan pempengaruh dan usahawan, Faiz Soul, yang mendakwa satu produk minuman mampu menurunkan kolesterol serta paras gula dalam darah mencetuskan kecaman netizen.

Mana tidaknya, kenyataan yang dibuat oleh pempengaruh itu disifatkan sebagai dakwaan tidak berasas dan berpotensi mengelirukan orang ramai.

Menerusi satu hantaran di media sosial yang tular, Faiz Soul memaklumkan orang luar mungkin sukar memahami apa yang disampaikan olehnya kerana mereka bukan berada dalam dunia keusahawanan.

“Orang luar tak faham sebab mereka tak belajar dalam dunia founder.
“Kolesterol okey ke minum? Okey. Sebab apa saya kata okey? Sebab dalam dia ada bawang putih dengan cuka epal,” katanya.

Netizen Tegur Faiz Soul

Beliau turut mendakwa minuman berkenaan sesuai untuk individu yang menghidap penyakit kronik termasuk kolesterol tinggi, kencing manis dan darah tinggi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dia bagus untuk siapa yang ada kolesterol. Yang ada kolesterol, yang ada tiga serangkai, yang ada kencing manis, darah tinggi sangat bagus,” katanya lagi.

Mengulas kebimbangan mengenai kesan pengambilan terhadap pesakit diabetes, Faiz Soul menafikan dakwaan tersebut dan mendakwa minuman itu mampu menurunkan paras gula dalam darah.

Orang yang ada kencing manis minum dia naikkan paras gula?
“Tak, tak, tak, tak. Siapa ada kencing manis, minum ini ia akan turunkan paras gula. Sebab dalam dia ada cuka epal seimbangkan paras gula dan darah,” katanya.

Beliau turut menasihatkan pengguna agar tidak terkejut sekiranya berlaku perubahan selepas pengambilan minuman berkenaan.

“Jangan terkejutlah kalau minum tiba-tiba turunkan (darah tinggi, kencing manis). Jangan terkejut,” katanya.

Artikel lain: Isu Kelayakan SPM: Faiz Soul Ajak Berdamai, Hargai Permohonan Maaf Dr. Malar

Bagaimanapun, kenyataan tersebut mengundang reaksi negatif dalam kalangan netizen yang mempersoalkan kelayakan pempengaruh berkenaan untuk mengeluarkan dakwaan kesihatan tanpa rujukan perubatan atau bukti saintifik.

Sebahagian netizen menyifatkan kenyataan itu sebagai “pepandai cakap”, selain bimbang ia boleh memberi kesan buruk kepada pesakit yang sedang menjalani rawatan perubatan, khususnya penghidap diabetes dan penyakit kronik lain.

Malah, ia. turut menarik pegawai perubatan menyuarakan kebimbangan mengenai

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Threads hafizrsb

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Bob T20, mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah peribadinya mengenai hubungan dan kehidupan lampau menerusi satu sesi podcast baru-baru ini. Menurut...

Lokal

Kerajaan Negeri Terengganu menegaskan ia tidak akan mengambil tindakan terburu-buru dalam menangani isu kebanjiran etnik Rohingya di beberapa kawasan di negeri itu, sebaliknya akan...

Sosial

Isu pengurusan pelarian etnik Rohingya kembali mencuri perhatian apabila dakwaan kos rawatan kesihatan yang ditanggung kerajaan mencecah sekitar RM30 juta setahun di hospital kerajaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd