Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Isu Kelayakan SPM: Faiz Soul Ajak Berdamai, Hargai Permohonan Maaf Dr. Malar

Pempengaruh dan usahawan, Faiz Soul mengajak semua pihak untuk ‘move on’ susulan video permohonan maaf Dr. Malar Santhi Santherasegapan berhubung kontroversi kenyataan melibatkan isu kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Faiz Soul ajak berdamai

Menerusi satu komen ditinggalkan pada hantaran video Dr. Malar, Faiz turut memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekhilafan daripada pihaknya serta menjelaskan kehadirannya ke majlis yang dipertikaikan sebelum ini adalah atas jemputan rasmi.

“Hari anugerah tu sekali hari keusahawanan. Jadi saya hadir atas jemputan rasmi saja. Doc rasa sakit tu, saya pun rasa. Jadi, let’s be strong and focus our career,” tulisnya pada Selasa.

Faiz Soul

Dalam masa sama, pemuda berusia 23 tahun itu mengakui kepentingan pendidikan namun menekankan realiti bahawa tidak semua individu berpeluang menyambung pengajian.

“Pendidikan sangat penting untuk hidup, tapi alangkah indah kalau semua boleh sambung belajar tanpa ada masalah tertentu,” kongsi Faiz.

Artikel lain: Tiada Niat Rendahkan Orang Ada ‘SPM Je’, Dr. Malar Sanggup Melutut Mohon Maaf

Sementara itu, dalam video permohonan maaf berkenaan, Dr. Malar menjelaskan bahawa kenyataannya sebelum ini merujuk kepada kepentingan memilih figura yang sesuai untuk dijadikan inspirasi kepada pelajar, khususnya dalam program melibatkan institusi pendidikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Siapa yang dibawa ke sekolah akan memberikan inspirasi kepada budak-budak. Mereka belum matang sepenuhnya, jadi apa yang mereka lihat itu memberi kesan besar,” katanya.

Faiz Soul

Beliau mengakui penggunaan perkataan yang kurang tepat telah menyebabkan kenyataannya disalah tafsir seolah-olah merendahkan pemegang SPM, selain mengakui kekhilafan dalam cara penyampaian.

“Saya mengaku penggunaan perkataan saya mungkin tak tepat sehingga orang rasa saya merendahkan pemegang SPM. Bukan itu niat saya.
“Kepada adik Faiz dan semua yang terasa, saya minta maaf. Saya terima kesalahan penggunaan perkataan saya dan saya minta ruang,” ujar Dr. Malar.

Terdahulu, isu tercetus apabila Faiz dijemput untuk merasmikan satu majlis di sebuah sekolah di Sungai Petani, Kedah sehingga segelintir warganet mempersoalkan kelayakan akademiknya.

Faiz Soul

Sumber: Facebook Celoteh Dr. Malar

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Seorang ahli politik Singapura dari People’s Power Party (PPP), Derrick Sim, memuji kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menyifatkan beliau sebagai antara...

Sosial

Seorang pelanggan lelaki meluahkan rasa kecewa selepas staf di sebuah arked permainan mendakwa dia menghentam mesin ketika sedang bermain sejenis permainan perlumbaan kereta. Lelaki...

Lokal

Seorang tukang rumah warga Indonesia dikenakan enam saman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka selepas ditahan menunggang motosikal milik majikannya tanpa lesen memandu dalam...

Sosial

Seorang individu yang juga pakar servis motor meraih perhatian ramai selepas berkongsi momen menyentuh hati ketika membantu ‘rider’ penghantar makanan yang berdepan masalah motor...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd