Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Nama & logo PKR Sudah Tiada Dalam Liberal International – Fahmi Fadzil

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil memaklumkan nama dan logo parti berkenaan telah tiada dan dikeluarkan daripada laman sesawang Liberal International.

Menerusi ciapan dimuat naik di aplikasi X, Fahmi Fadzil yang juga Menteri Komunikasi dan Digital turut menyertakan video ringkas memaparkan nama dan logo PKR sudah pun dikeluarkan oleh pihak berkenaan.

“Parti Keadilan Rakyat bukan ahli Liberal International. Semakan menunjukkan tiada logo (selepas diminta turun) KEADILAN di laman web organisasi tersebut,”ciapnya.

Tindakan mengeluarkan nama dan logo adalah hasil maklum balas daripada permintaan yang dibuat pihaknya susulan dakwaan parti PKR merupakan ahli pertubuhan tersebut.

Maklum beliau, organisasi itu juga mengambil maklum bahawa PKR bukan dan tidak pernah menjadi ahli mereka.

“Liberal International telah menurunkan logo maka mereka juga mengambil maklum bahawa keadilan bukan ahli Liberal International,”ujarnya.

Fahmi berkata, pihaknya akan meneliti fitnah yang dibuat oleh beberapa pihak tidak bertanggungjawab untuk dikenakan tindakan perundangan, lapor Sinar Harian.

Sebelum ini tular di aplikasi X apabila seorang pengguna mendakwa PKR tersenarai sebagai ahli pertubuhan berkenaan hasil pencarian di laman sesawang ‘Israel Liberal Group’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

PKR Fahmi Fadzil

Bagaimanapun Fahmi menafikan dakwaan itu dengan menegaskan PKR bukan dan tidak pernah menjadi ahli atau anggota Liberal International.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengesan lebih 200 kandungan berkaitan Liberal International yang cuba menyerang PKR.

Jelas beliau, kandungan yang dibuat dikatakan cuba menyerang dirinya dan Perdana Menteri.

“Jadi memang ada gerakan terancang dan ini adalah serangan politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Pemerkasaan OKU Celik Digital pada Ahad.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Isu PM Terima Ancaman, PAS Perlu Cermin Diri – Fahmi Fadzil

 

Sumber: X fahmi_fadzil , Sinar Harian (Nurhidayah Hairom)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Nasional

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai tidak berpelembagaan. Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dicapai sebulat...

Sosial

Seorang wanita warga Malaysia masih trauma selepas melalui detik mencemaskan apabila pesawat Batik Air yang dinaikinya hampir tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd