Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Isu PM Terima Ancaman, PAS Perlu Cermin Diri – Fahmi Fadzil

PAS perlu cermin diri kerana melabel pendedahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima ancaman berikutan pendiriannya dalam memperjuangkan hak Palestin adalah ‘penggempar’.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan PAS, lapor Bernama.

Sebelum ini, memetik kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, beliau berkata pendedahan Anwar itu adalah kenyataan seorang penggempar yang pelik dan melucukan.

PAS Perlu Cermin Diri – Fahmi Fadzil

 PAS Perlu Cermin Diri - Fahmi Fadzil

Foto: The Star

Advertisement. Scroll to continue reading.

Fahmi yang juga merupakan Ketua Penerangan PKR berkata sebagai sebuah parti, PAS juga boleh digelar sebagai “penggempar” terutama setiap kali menjelang pilihan raya negeri.

Artikel lain: Isu Hutang Harakah, Pemimpin PAS Boleh Jual Nombor Plat VIP – Pemuda Amanah Perak

“Anda tahu, PAS selaku sebuah parti juga ada membuat kenyataan yang diperbesar-besarkan. Kami telah menyaksikan sejak beberapa bulan, terutama ketika pilihan raya negeri.

 PAS Perlu Cermin Diri - Fahmi Fadzil

Foto: Sinar Harian

“Bagaimana PAS mendakwa mengundi parti-parti tertentu akan mengakibatkan huru-hara di seluruh negara.
“Itu tidak berlaku… jadi saya fikir beliau (Takiyuddin) patut meletakkan cermin dekat ke mukanya dan melihat betul-betul kepada dirinya dan partinya,” katanya.
 PAS Perlu Cermin Diri - Fahmi Fadzil

Foto: The Edge Malaysia

Terdahulu, Anwar mendedahkan beliau menerima pelbagai ‘ancaman’ dari negara-negara Barat berikutan pendirian tegas Malaysia yang menyokong Palestin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ini kerana Malaysia komited dalam mempertahankan hak rakyat Palestin selain daripada melemparkan kritikan  terhadap kerajaan Israel.

Sumber: Bernama

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd