Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Najib Razak Boleh Merayu Kepada Agong Baharu Jika Tidak Berpuas Hati – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Datuk Seri Najib Razak boleh merayu kepada Yang di-Pertuan Agong baharu, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar jika tidak berpuas hati dengan pengurangan hukuman yang diberikan oleh Lembaga Pengampunan, hari ini.

Anwar berkata, beliau menghormati keputusan Agong sebelum ini iaitu AI-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Katanya lagi, proses pengampunan itu adalah di luar hak prerogratif perdana menteri dan kerajaan.

“Saya menghormati keputusan Agong sebelum ini. Sekarang, kita ada Agong yang baru. Apa pun yang dirasakan seseorang itu, sudah tentu ia bersifat politik… ada yang menyokong, ada yang tidak.
“Tetapi, mereka tidak boleh mengabaikan hakikat bahawa anda mesti menghormati hak setiap orang yang disabitkan kesalahan untuk merayu kepada Lembaga Pengampunan,”kata beliau dalam satu wawancara dengan Al Jazeera malam ini.

Jelas Anwar, Lembaga Pengampunan telah pun membuat keputusan dan jika seseorang itu tidak berpuas hati, dia masih mempunyai ruang untuk merayu ke tahap berikutnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ini bermakna, Najib Razak mempunyai peluang untuk merayu ke tahap berikutnya sehingga mendapat keputusan yang memuaskan hati.

Bercakap mengenai keputusan Lembaga Pengampunan, Anwar berkata, semua pertimbangan telah diambil kira sebelum Sultan Abdullah membuat keputusan tersebut.

“Saya pernah duduk dalam Lembaga Pengampunan sebagai menteri yang menjaga Kuala Lumpur, dan kini dipegang oleh orang lain.
“Tetapi sudah tentu Agong sebagai raja berperlembagaan, berunding dengan Peguam Negara, Perdana Menteri dan ramai lagi. Baginda sudah tentu benteng untuk menegakkan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.
“Dan semua pertimbangan itu diambil kira dan kemudian Yang di-Pertuan Agong, selepas mendengar daripada lembaga, akhirnya memutuskan untuk mengurangkan hukuman sebanyak 50 peratus yang bermakna (pembebasan) pada 2028,” katanya lagi.

Najib Razak merayu

Untuk pengetahuan, semua negeri di Malaysia mempunyai Lembaga Pengampunan sendiri yang diketuai oleh sultan atau Yang Dipertua Negeri bagi negeri seperti Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Mengikut Perkara 42(5) dan 42(11) Perlembagaan Persekutuan, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan terdiri daripada peguam negara, menteri wilayah persekutuan dan tidak lebih daripada tiga ahli lain yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berdasarkan pelantikan yang diumumkan melalui warta persekutuan, terdapat empat nama yang pelantikannya sah ketika pengampunan Najib dipertimbangkan.

Ini bermakna sekurang-kurangnya seorang daripada mereka tidak lagi menjadi ahli kerana peletakan jawatan dan faktor lain yang boleh membatalkan pelantikan, yang tidak diumumkan melalui warta.

Pelantikan diraja ini membabitkan Prasad Sandosham Abraham, Paramasivam Arunasalam, Darussalam Budin dan Zaharah Ibrahim.

Menurut bekas peguam negara Tommy Thomas, antara kriteria pengampunan termasuk apabila seseorang banduan telah menjalani satu pertiga daripada hukuman penjara mereka sebelum membuat permohonan tersebut dan banduan itu tidak boleh mempunyai kes jenayah lain yang belum selesai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Najib kini dibicarakan atas pertuduhan jenayah lain, termasuk empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.27 bilion dana 1MDB.

Sebelum ini, media melaporkan Najib bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028 selepas Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-16 diumumkan hari ini.

Najib Razak diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman dan denda yang perlu dibayar sebanyak RM50,000,000.00 dikurangkan daripada RM210,000,000.00.

Lembaga pengampunan juga mengurangkan denda yang dikenakan terhadap Najib daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara bagi beliau akan ditambah selama setahun dimana tarikh pembebasan beliau adalah pada 23 Ogos 2029.

Sumber: Astro Awani , Malaysiakini

ADS
ADS
+ posts

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Niat mahukan luahkan ketidakpuasan hati terhadap kakitangan di UTC Komtar, namun lain pula jadinya apabila netizen sokong staf tersebut untuk tolak permohonan ‘renew’ pasport...

Dunia

Kumpulan pertama jemaah dari negara Iran akhirnya dibenarkan ke Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah umrah selepas 10 tahun. Memetik laporan berita rasmi IRNA, kumpulan...

Spotlight

Pelakon terkenal Thailand, Bright Vachirwait Chivaaree mengesahkan dirinya kini menjalinkan hubungan cinta bersama Nene Pornnappan Pornpenpipa, setelah gambarnya bersama pelakon tersebut bertebaran di media...

Lokal

Wanita yang menyimbah air pada pemuda Orang Kelainan Upaya (OKU) Jumaat lalu dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun. Memetik laporan Kosmo! Online, Hakim Mahkamah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd