Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kanak-Kanak Kini Yatim Piatu, Kehilangan Bapa, Datuk Dan Nenek Terbabit Kemalangan

Seorang kanak-kanak berusia lima tahun kini menjadi yatim piatu selepas dia dan ahli keluarganya terbabit kemalangan di Kilometer 45, Jalan Kota Tinggi-Mersing berhampiran simpang masuk Ladang Arami Jaya malam tadi.

Foto: Info Semasa

Memetik laporan Utusan Online, bapa Athiyyah Nur Sofia, Muhamad Izuddin Md. Yusuf, 36, meninggal dunia dalam kejadian tersebut bersama datuknya Md. Yusuf Mukhtar, 71, dan neneknya Rosnah Salleh, 65.

Kisah menjadi lebih menyedihkan apabila kanak-kanak itu merupakan anak tunggal yang baru sahaja kehilangan ibunya dua tahun lalu akibat sakit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bapa saudara mangsa, Mohd. Nazim Md. Yusuf, 42, menceritakan bahawa Muhamad Izuddin dan Athiyyah dalam keadaan sedar ketika kejadian, manakala bapa serta ibunya sudah meninggal dunia.

“Athiyyah sempat bertanya mana nenek, kata nak belanja makan, sedangkan ketika itu nenek dan datuknya sudah meninggal dunia. Athiyyah memang sangat rapat dan manja dengan datuk dan nenek kerana dia tinggal bersama-sama mereka sejak usia setahun.
“Saya difahamkan ketika kejadian, empat beranak ini dalam perjalanan hendak keluar makan malam di Felda Tenggaroh,” katanya.

Foto: Info Semasa

Anak sulung daripada enam beradik itu sempat memangku adiknya, Muhammad Izuddin di lokasi kemalangan sebelum ambulans membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Saya dapat tahu kemalangan ini dari orang kampung, saya bergegas ke sana. Adik memang berulang-alik dari Johor Bahru ke Felcra Sungai Ara setiap kali cuti hujung minggu untuk meluangkan masa bersama anaknya kerana dia bekerja sebagai juruteknik di kilang pendingin hawa.
“Sejak isterinya meninggal dunia dua tahun lepas, dia memang agak pendiam. Emak selalu juga suruh dia berkahwin baharu tetapi dia akan merajuk bila ditanya soalan itu dan terus keluar ke kubur isterinya.
“Memang terkejut dan sedih dengan apa berlaku, namun kami reda dengan pemergian mereka semua,” ujarnya yang akan berbincang mengenai penjagaan Athiyyah bersama adik-beradik lain.

Terdahulu, kemalangan melibatkan Toyota Vios yang dipercayai terbabas dan memasuki laluan bertentangan, kemudian bertembung dengan Proton Persona yang dinaiki empat orang keluarga tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketiga-tiga jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felcra Sungai Ara.

Sumber: Utusan Malaysia (Mastura Suradi)

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Sosial

Tular di media sosial, seorang pengguna Facebook mendedahkan perbuatan terkutuk seorang pakar kaunseling yang menganjurkan sebuah program yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam dan...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Sosial

Seorang jurulatih kecergasan dikenali sebagai Tareq Fit menegur seorang bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji kerana keadaan fizikalnya yang dilihat sudah mencapai tahap obesiti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd