Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Nafi Dakwaan Profesor Pro-Is****, AS Sahkan Malaysia Negara Selamat Untuk Dilawati

Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur menafikan dakwaan profesor pro-Israel Amerika iaitu Bruce Gilley yang menyatakan Malaysia negara yang tidak selamat untuk dilawati.

Memetik laporan The Star, kenyataan daripada Kedutaan AS itu sekaligus mengesahkan Malaysia sebuah negara yang selamat.

AS sahkan Malaysia negara selamat untuk dilawati

Foto: Malaysiakini

“Tiada perubahan pada nasihat perjalanan AS, yang kekal pada Tahap 1, tahap terendah daripada empat,” katanya.

Menurut Biro Hal Ehwal Konsulat AS, antara Tahap 1 hingga Tahap 4, Tahap 1 adalah tahap terendah dan pengembara hanya perlu melakukan langkah berjaga-jaga yang biasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Manakala Tahap 4 pula, pengembara dicadangkan untuk tidak mengembara ke negara yang dikategorikan dalam tahap itu atas faktor keselamatan.

Menerusi semakan di laman web Jabatan Negara AS, Malaysia telah berada di Tahap 1 sejak kemas kini terakhirnya pada 24 Julai 2023.

Artikel lain: KPT Tidak Pernah Sekat Kebebasan Akademik Di Negara – Menteri Pendidikan Tinggi

Selain itu, pada laman web itu, maklumat berkenaan negara Malaysia menyatakan ia mempunyai hubungan dua hala yang sihat dengan AS.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Hubungan ekonomi teguh, dan terdapat sejarah panjang pertukaran rakyat dengan rakyat. Malaysia mempunyai demokrasi yang pelbagai dan merupakan rakan kongsi penting dalam penglibatan AS dengan Asia Tenggara,” ujarnya.

Terdahulu, Universiti Malaya (UM) telah menjemput Gilley sebagai penceramah jemputan sehingga ia menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warga Malaysia.

Gilley mendakwa Malaysia menyokong gerakan Holokus kedua terhadap orang Yahudi disamping mempersenda negara ini dengan mengatakan Malaysia tidak mempunyai hubungan baik dengan AS.

Selepas tular kejadian itu di media sosial, pihak UM telah membatalkan semua program dan aktiviti yang akan dihadiri profesor itu di UM.

Gilley kemudian telah kembali ke Amerika namun sempat membuat satu hantaran di X yang mendakwa Malaysia bukan negara yang selamat untuk dilawati.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: The Star (Ho Jia Wen)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd