Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

“Terus Mara!” -Nadir Al-Nuri Tegaskan 30 Kapal GSF Masih Berlayar Ke Destinasi

Aktivis, Nadir Al-Nuri menerusi hantaran yang dikongsikan di media sosial menyatakan 30 kapal Global Sumud Flotiila (GSF) masih lagi berlayar ke Gaza bagi menghantar bantuan dalam misi kemanusiaan tersebut.

Nadir Al-Nuri  terus mara!

beliau menyatakan bahawa kapal-kapal GSF akan terus berlayar dan sedang mara walaupun sudah ramai aktivis ditahan susulan kapal mereka dihampiri Tentera Rejim Zionis.

“30 buah kapal masih mara ke Gaza pada saat ini,” tulisnya.

nadir al-nuri

Nadir Al-Nuri terlibat dalam delegasi GSF ke Gaza

Kenyataan yang dikongsikan itu selepas beberapa kapal GSF yang dinaiki delegasi dari Malaysia ditahan dan mereka telah diculik oleh tentera Israel.

Difahamkan lebih kurang 15 rakyat Malaysia disahkan sudah berada di tangan Israel dan sedang menghantar isyarat kod antarabangsa bagi kecemasan melampau, digunakan terutamanya oleh kapal di laut (SOS).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Kapal Tentera Itali Tamatkan Sokongan Kepada GSF, Aktivis Terdedah Risiko Bahaya

Terdahulu, dunia dikejutkan dengan berita tentang pintasan yang dilakukan oleh tentera Israel ke atas kapal-kapal misi bantuan kemanusiaan yang menuju ke Gaza.

Ia pastinya membuatkan banyak pihak marah susulan kumpulan aktivis terbabit mara ke Gaza dengan tujuan memberikan bantuan tanpa membawa sebarang senjata.

Sumber: Instagram nadiralnuri

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu di Johor Bahru, Johor. Sedondon tema matcha...

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Dunia

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, melancarkan kempen ‘Thai Help Thai’ bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menurunkan harga lebih 3,000 barangan keperluan harian...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd