Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

COO Persoal Denda ‘Ponteng’ Solat Jumaat, MyBurgerLab Tampil Mohon Maaf

Nama rangkaian restoran popular, MyBurgerLab, menjadi bualan hangat selepas bekas Ketua Operasi (COO) mereka, Andrew Chong, memuat naik satu hantaran di media sosial yang dianggap menghina serta menyinggung sensitiviti umat Islam di negara ini.

Hantaran itu dipercayai dibuat susulan laporan media mengenai kenyataan Kerajaan Negeri Terengganu yang akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap lelaki Islam yang tidak menunaikan solat Jumaat tanpa alasan munasabah.

myburgerlab

Menurut Exco Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, individu yang melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda hingga RM3,000, atau kedua-duanya sekali.

Mengulas isu itu di media sosial, Andrew menulis:

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Wow, secara perlahan-lahan tetapi pasti jika Malaysia diambil alih oleh ekstremis, kita akan menjadi seperti Iran selepas revolusi. Apa yang kamu lihat hari ini dan ia perkara yang perlu ditakuti semua.”

Artikel lain: Pemilik Kedai Mohon Maaf, Nafi Sengaja Kibarkan Jalur Gemilang Terbalik

Kenyataan itu pantas mencetuskan kemarahan warganet, khususnya dalam kalangan masyarakat Muslim yang menganggap ia keterlaluan dan tidak sepatutnya keluar daripada seorang individu berprofil tinggi dalam sebuah syarikat makanan terkenal.

Perkara itu kemudian menjadi tular dan sohor di pelbagai platform media sosial.

Menyedari kesilapan tersebut, Andrew Chong tampil membuat permohonan maaf secara terbuka. Katanya, kenyataan yang dimuat naik itu merupakan satu tindakan yang tidak difikirkan dengan baik sehingga mengguris hati ramai pihak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

myburgerlab

“Saya mohon maaf atas kenyataan yang saya kongsikan dan ia telah menyakiti khususnya komuniti Muslim. Ia suatu perkara yang tidak difikirkan, dan saya bertanggungjawab sepenuhnya. Nilai saya berteraskan rasa hormat dan keterangkuman, tetapi saya gagal di sini,” ujarnya.

Dalam masa sama, MyBurgerLab turut mengeluarkan kenyataan rasmi bagi meredakan keadaan.

Pihak syarikat menegaskan bahawa kenyataan Andrew sama sekali tidak mencerminkan nilai serta prinsip yang dipegang oleh mereka sejak ditubuhkan.

MyBurgerLab menyifatkan hantaran itu sebagai bertentangan dengan semangat perpaduan dan keterangkuman yang menjadi identiti jenama tersebut.

myburgerlab

“Kami amat berdukacita dengan hantaran yang dibuat oleh bekas COO kami dan ingin menegaskan bahawa ia bukanlah pendirian rasmi MyBurgerLab. Kami berdiri bersama komuniti Muslim dan menolak sebarang bentuk diskriminasi serta penghinaan terhadap agama,” jelas kenyataan itu.

Bagi menunjukkan ketegasan, MyBurgerLab mengumumkan bahawa Andrew Chong telah ditamatkan perkhidmatan serta semua hubungan dengan syarikat berkuat kuasa 22 Ogos 2025.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Syarikat itu turut memberi jaminan untuk memperkukuh polisi dalaman dan mewajibkan latihan sensitiviti budaya dengan kerjasama pihak berautoriti, agar insiden sebegini tidak berulang pada masa depan.

MyBurgerLab dalam masa sama memohon maaf kepada semua pelanggan dan masyarakat yang terguris hati dengan isu ini, serta berjanji untuk terus menjadi simbol keharmonian Malaysia di mana setiap kaum dan agama diraikan dengan penuh hormat.

Sumber: Instagram @MyBurgerLab

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Sosial

Usahawan wanita, Farhana Zahra memaklumkan dia telah hadir memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) berhubung video tular memaparkan majlis sambutan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd