Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pemilik Kedai Mohon Maaf, Nafi Sengaja Kibarkan Jalur Gemilang Terbalik

Pemilik Kedai Mohon Maaf

Seorang pemilik kedai perkakasan di Taman Bertam Permata, Pang Chin Tian, 59, mohon maaf, sekali gus menafikan dakwaan sengaja mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik seperti yang tular di media sosial hari ini.

Menurut beliau, kejadian itu sebenarnya berlaku semasa pekerjanya sedang mengukur panjang batang besi untuk pemasangan bendera tersebut.

“Kejadian itu berlaku pagi tadi dan saya tidak menyedari pekerja telah memasang bendera secara terbalik sebelum menaikkan batang besi tersebut. Malah pekerja memang diarahkan merakam gambar bagi mendapatkan ukuran panjang besi yang sesuai digunakan.
“Kami memang nak ukur besi itu, tengok berapa panjang dan bendera pun belum diikat lagi. Ketika video dirakam itu hanya percubaan sahaja,” katanya ketika ditemui di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di sini hari ini.

Pemilik Kedai Mohon Maaf

Chin Tian dan pekerjanya hadir memberi keterangan berhubung video tular yang mengundang pelbagai reaksi netizen.

Beliau turut memohon maaf atas kesilapan tersebut serta memberi jaminan akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ya, kami mengakui kesilapan dan saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dengan apa yang berlaku,” ujarnya.

Artikel lain: Jalur Gemilang Dipasang Terbalik, SJKC Chung Hua Tampil Mohon Maaf

Dalam pada itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan UMNO Bahagian Kepala Batas termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, telah membuat laporan polis.

Reezal Merican menegaskan bahawa negara mempunyai undang-undang yang memelihara maruah dan lambang negara, justeru siasatan dan tindakan sewajarnya perlu diambil bagi mengelakkan insiden sama berulang.

“Alasan yang diberikan tidak boleh diterima dan tidak masuk akal. Perkara ini tidak boleh dibiarkan tetapi perlu dikenakan tindakan tegas agar tidak terus menjadi polemik,” katanya.

Sumber: Malaysia Gazette (Malinda Abdul Malik)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes ceroboh kuil di Rawang, Selangor pada Rabu, lapor Bernama. Kes ceroboh kuil di Rawang Ketua Polis...

Sosial

Seorang individu meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa dihidangkan ikan yang tidak dimasak sempurna ketika berkunjung ke restoran milik usahawan dan pempengaruh masakan terkenal, Khairul...

Lokal

Mahkamah Tinggi di Melaka mengetepikan hukuman denda RM1,500 terhadap seorang pengawal keselamatan yang mengaku mencuri susu tepung dan beberapa barangan lain di sebuah pusat...

Lokal

Penemuan baharu melibatkan anggota badan dan kepala dipercayai milik seorang wanita ditemukan di Taman Indah Permai, Sepanggar, pada pagi Khamis. Sebelum ini, beberapa anggota...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd