Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tiada Paksaan, Murid Enam Tahun Masuk Darjah 1 Tamat Sekolah Usia 16 Tahun – KPM

Murid Enam Tahun Masuk Darjah 1

Kementerian Pendidikan (KPM) menjelaskan bahawa kanak-kanak yang mengikuti kemasukan awal ke Tahun Satu pada usia enam tahun (5+) bagi sesi 2027 dijangka menamatkan pendidikan peringkat menengah atas lebih awal, iaitu pada usia 16 tahun.

Menurut dokumen Soalan Lazim (FAQ) yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM, murid yang mengikuti kemasukan awal tidak akan berada dalam Tahun Satu selama dua tahun.

Tiada Paksaan, Murid Enam Tahun Masuk Darjah 1

Sebaliknya, mereka akan mengikuti struktur sedia ada: enam tahun di sekolah rendah dan lima tahun di sekolah menengah.

“Murid akan mengikuti peringkat menengah selama lima tahun dan tamat peringkat menengah atas pada umur 16 tahun (15+),” menurut dokumen berkenaan.

KPM menegaskan bahawa kemasukan awal adalah pilihan sukarela ibu bapa dan tidak diwajibkan.

Ia bergantung sepenuhnya kepada kesediaan kanak-kanak yang telah mengikuti prasekolah pada usia lima tahun serta lulus saringan diagnostik yang ditetapkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi memastikan kualiti pembelajaran tidak terjejas, kementerian telah menyediakan Kurikulum Persekolahan 2027 yang disesuaikan dengan tahap kognitif murid.

Ini termasuk mereka yang mungkin belum mengikuti prasekolah, agar dapat menguasai kemahiran asas dengan berkesan.

Artikel lain: KPM Junjung Titah Agong, RPM 2026-2035 Perkasa Pendidikan & Martabat Bahasa Melayu

Dari aspek prasarana, KPM merancang pembinaan bilik darjah tambahan menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS) bagi menampung keperluan murid di seluruh negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, kementerian komited memastikan bekalan guru mencukupi melalui pelbagai saluran latihan, termasuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Program Diploma Pasca Siswazah Pendidikan (PDPP) serta pelantikan secara Kontrak Perkhidmatan (COS).

Polisi kemasukan awal ini merupakan sebahagian daripada fleksibiliti sistem pendidikan negara, memberi peluang kepada kanak-kanak yang mencapai tahap kesediaan akademik lebih awal untuk memulakan persekolahan formal sebelum usia lazim tujuh tahun.

Sumber: FB Fadhlina Sidek

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Sosial

Usahawan wanita, Farhana Zahra memaklumkan dia telah hadir memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) berhubung video tular memaparkan majlis sambutan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd