Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Berani Demi Nyawa! Murid 12 Tahun Selamatkan Rakan Hampir Lemas

Murid 12 Tahun Selamatkan Rakan Hampir Lemas

Tindakan pantas dan berani seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun berjaya menyelamatkan rakannya yang hampir lemas dalam kejadian di Pantai Pasir Hitam, Sabtu lalu.

Faris Danish Zulfadli berkata, ketika kejadian dia bersama dua lagi rakannya baru sahaja selesai menjalani latihan merentas desa sebelum menuju ke kawasan pantai berkenaan untuk berehat.

Menurutnya, situasi bertukar cemas apabila seorang rakan mereka yang sedang bermain di kawasan batu secara tiba-tiba terjatuh ke dalam laut.

“Tiba-tiba, seorang rakan yang sedang bermain di kawasan batu jatuh ke dalam laut, mungkin tergelincir. Saya ingat dia pandai berenang, jadi saya duduk sahaja di tepi pantai bersama seorang lagi rakan, tetapi selepas menunggu beberapa minit dia masih belum naik.
“Pada mulanya, saya berfikir sama ada hendak selamatkan dia atau tidak kerana bimbang saya juga akan turut lemas, tetapi saya tidak mahu tinggalkannya. Jadi, saya terus terjun ke dalam air dan tarik dia naik ke darat sebelum melakukan bantuan pernafasan (CPR),” katanya kepada BERNAMA.

Murid 12 Tahun Selamatkan Rakan Hampir Lemas

Faris yang juga atlet pelayaran dan Ketua Bulan Sabit Merah Malaysia di Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad, Langkawi berkata, ilmu dan latihan yang dipelajarinya sebelum ini banyak membantu dalam situasi mencemaskan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Selepas itu, ayah ada minta tolong seorang pelancong luar negara untuk menggendong rakan saya secara terbalik bagi membolehkan air keluar. Waktu itu dia mula sedar, selepas ambulans sampai, dia terus dibawa ke hospital untuk diberi rawatan lanjut.
“Saya bersyukur kerana berjaya menyelamatkan rakan. Semua ilmu dan pengalaman berkaitan sukan pelayaran, aktiviti berenang dan CPR yang dipelajari sebelum ini memang sangat membantu,” katanya.

Sementara itu, bapanya, Zulfadli Mohd Yusoff, 41, berkata dia pada awalnya menasihatkan anak sulungnya itu supaya tidak turun ke laut demi keselamatan diri.

“Saya memang sudah dedahkan Faris Danish dengan aktiviti air sejak berusia 11 bulan lagi tapi ini kali pertama berdepan situasi seperti ini, jadi memang bimbang tetapi syukur, dia dan rakannya selamat dan sebagai seorang ayah memang saya sangat bangga dengan keberaniannya,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin mengesahkan kejadian tersebut.

Artikel lain: Kes Kerat Wanita: Bapa, Anak Lelaki Ditahan! Tuntutan Wang Pertunangan Antara Motif Kejadian

Beliau memaklumkan mangsa berusia 10 tahun yang pada awalnya dirawat di Hospital Sultanah Maliha kini telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan lanjut.

Keberanian Faris Danish nyata menjadi contoh terbaik bahawa ilmu pertolongan cemas dan latihan keselamatan air mampu menyelamatkan nyawa dalam saat genting.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd