Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Muda Tak Bertanding Di PRK Mahkota, Mahu Fokus Pengukuhan Parti

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) tak bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) yang bakal diadakan bagi kerusi DUN Mahkota pada hujung bulan ini.

Memetik laporan Malaysiakini, Muda memilih untuk tidak menyertai pilihan raya itu susulan mahu melaksanakan proses memperkukuhkan keberadaan parti berkenaan di Johor.

Kata Muda, keputusan muktamad berkenaan dicapai selepas perbincangan diadakan di peringkat negeri dan hasil daripada pertimbangan itu dibawa ke peringkat pusat.

Muda tak bertanding di PRK Mahkota

Muda Tak Bertanding Di PRK Mahkota

“Setelah mengadakan perbincangan di peringkat jawatankuasa negeri dibawa ke mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusat, Muda membuat keputusan untuk tidak bertanding dalam PRK DUN Mahkota.
“Buat masa ini, Muda Johor memilih untuk memberikan fokus kepada siri jelajah di seluruh Johor sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuhkan akar umbi dan melaksanakan agenda rejuvenasi parti,” kata parti itu.

Artikel lain: PRK Mahkota: PN Pertaruh Bekas Pemain Bola Sepak Coach Haizan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah Muda lagi, tumpuan parti itu sekarang ialah mengembangkan kehadiran parti untuk ada di setiap daerah di Johor dan memperjuangkan isu-isu setempat.

“Muda juga akan terus menjadi unsur semak dan imbang dalam memperjuangkan isu-isu setempat yang memberi impak kepada rakyat dengan menekankan kepentingan memperkasa suara mereka di peringkat bawahan melalui Ahli Parlimen Muar (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman) & Adun Puteri Wangsa (AMira Aisya Abd Aziz),” ujarnya.

Pilihan Raya Kecil Mahkota diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi di kawasan itu susukan kematian penyandangnya, Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos lalu dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK tersebut dilangsungkan pada 28 September ini.

Walaupun pernah dikalahkan pada 2018, kerusi Mahkota dianggap kerusi yang cukup kukuh buat Barisan Nasional ketika ini.

Pada PRN Johor yang diadakan pada 2022, Sharifah Azizah kembali memenangi kerusi Mahkota daripada PH dengan majoriti 5,166 undi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Malaysiakini

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Siapa sangka, pencuci mulut ikonik Malaysia kini boleh ditemui jauh di bumi Sweden. Ais kacang RM28 Baru-baru ini, tular di TikTok menerusi perkongsian @wawawandering...

Sosial

Seorang lelaki berbangsa Cina dikenali sebagai Norman Goh menceritakan pengalaman melanjutkan pengajian di universiti idamannya biarpun gagal pada percubaaan pertama. Menerusi perkongsian di Facebook,...

Sosial

Seorang pengguna Facebook, Ishaq Marazi, tampil mendedahkan pandangan berhubung projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru yang kini hangat diperkatakan. Menurutnya, beliau merupakan antara pemilik...

Lokal

Sebak dan terharu. Seorang bapa kepada 10 anak menangis teresak-esak sambil sujud syukur di atas pentas selepas lapan anaknya menerima sijil kelahiran secara rasmi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd