Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

MSN Luluskan Penyelarasan Jumlah Gaji Dan Imbuhan Baharu SPJK

Mesyuarat Lembaga Pengurusan Majlis Sukan Negara (MSN) telah luluskan penyelarasan jumlah gaji dan imbuhan baharu untuk Skim Pekerjaan Jurulatih Kebangsaan (SPJK).

Menteri Belia dan Sukan (KBS), Hannah Yeoh berkata, penyelarasan gaji dan imbuhan baharu SPJK itu bakal berkuatkuasa bermula 1 Januari 2024.

Foto: Harian Metro

MSN dalam satu kenyataan berkata, jurulatih sepenuh masa yang berkhidmat untuk Program Podium dan Pelapis Kebangsaan akan menikmati kenaikan berdasarkan kepada tahap kelayakan mengikut Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) dan tempoh pengalaman dalam bidang kejurulatihan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kenaikan itu juga menyaksikan jurulatih dengan Sijil SPKK Tahap 3 iaitu kelayakan tertinggi yang diperakui Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) bakal menikmati kenaikan gaji daripada RM4,500 sebulan kepada Rm5,900 sebulan mengikut penyelarasan baharu ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Artikel lain: Kerajaan Umum Bayaran Insentif Awal RM2,000 Untuk Penjawat Awam

Untuk menggalakkan lebih ramai bekas atlet negara menceburkan diri dalam bidang kejurulatihan, imbuhan gaji tambahan ini akan diberi berdasarkan tahap pencapaian terbaik ketika bergelar atlet.

“Contohnya, bekas atlet yang menjadi jurulatih sepenuh masa dan memiliki pencapaian pingat di temasya Sukan Olimpik atau Sukan Paralimpik diberikan imbuhan gaji tambahan RM3,500 sebulan.

MSN luluskan penyelarasan jumlah gaji dan imbuhan baharu SPJK

Foto: Majlis Sukan Negara Malaysia

“Manakala, sekiranya pencapaian pingat di Kejohanan Dunia, mereka akan menerima imbuhan gaji tambahan sebanyak RM3,000,” ujarnya.

Elaun khas berjumlah RM600 juga diluluskan untuk semua jurulatih Program Podium dan pelapis Kebangsaan kecuali jurulatih pinjaman ataupun pelepasan oleh majikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, elaun jurulatih separuh masa turut dinaikkan berdasarkan kepada kelayakan SPKK masing-masing.

Penyelarasan terhadap Skim Pekerjaan Jurulatih Kebangsaan ini diluluskan sebagai penambahbaikan kepada kadar sedia ada dalam skim yang kali terakhir disemak pada tahun 2014.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd