Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kerajaan Umum Bayaran Insentif Awal RM2,000 Untuk Penjawat Awam

Kerajaan umum bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak pada 23 Februari ini.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan bulanan warga Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.

Kerajaan umum Bayaran Insentif Awal

Kerajaan umum Bayaran Insentif Awal

“Turut disalurkan RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam selain RM1,000 dipanjangkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen,” katanya.

Kerajaan umum Bayaran Insentif Awal

Anwar berkata, ia sekali gus bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal.

Artikel lain: 1.4 Juta Ahli KWSP Terima RM500 Insentif Caruman Tambahan Kerajaan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kerajaan umum Bayaran Insentif Awal

Terdahulu, kerajaan bersetuju bagi memberi bayaran awal sebanyak RM2,000 kepada semua gred 56 dan ke bawah.

Kerajaan umum Bayaran Insentif Awal

Perkara tersebut diumumkan Anwar yang juga Menteri Kewangan sewaktu pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober tahun lalu.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Australia terus diperkukuh menerusi penubuhan Jawatankuasa Perancangan Strategik sebagai langkah awal untuk mempertingkatkan kerjasama pertahanan kedua-dua negara. Perkara itu dipersetujui...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd